VITAMIN MAMA DANISH: SAKIT GIGI SEMASA HAMIL

14 November 2016

SAKIT GIGI SEMASA HAMIL

Assalamualaikum..



Orang kata sakit gigi ni boleh mengganggu emosi, silap haribulan boleh makan penampar kalau tersilap cakap.hihi. Betapa hebatnya penangan sakit gigi boleh buat orang hilang kawalan.

Persoalannya...

BOLEHKAH WANITA HAMIL MENCABUT GIGI YANG ROSAK?



Ibu hamil dikatakan tidak boleh melakukan prosedur mencabut gigi. Mitos atau kenyataan?

Walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.

Bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.

Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.

Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan.

KENAPA IBU HAMIL MUDAH MENDAPAT SAKIT GIGI?


★Perubahan hormon

★Bertambahnya pengaliran darah dalam badan ibu mengandung mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah.

★Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak.

★Rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah.

APA SARANAN PAKAR PERGIGIAN?

Pakar pergigian memberitahu kaedah terbaik yang perlu dilakukan iaitu sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut.

Apa pun seeloknya ibu dinasihatkan menjalani rawatan rutin pergigian sebelum hamil atau sebelum merancang untuk hamil. 

PENGALAMAN SAYA

Saya dulu kena sakit gigi yang teruk semasa mengandungkan anak sulung. Sakitnya hanya tuhan saja yang tau. Nak makan ubat bukan boleh sembarangan, antibiotic pun tak digalakkan

Saya cuba jugak petua bunga cengkih dari google. Rasa sakit berkurangan sekejap. Tak lama kemudian, kembali sakit. Dalam hati ni dok fikir nak cabut ja gigi ni. Biar hilang segala kesakitan. Ni semua berpunca dari diri sendiri jugak. Saya memang tak lalu minum susu langsung. Asyik layan muntah ja.

Sehinggalah saya mengandung kali kedua, saya dah kenal Shaklee. Saya dah tak risau lagi. Saya mencuba Ostematrix kerana ia dalam bentuk tablet. Jadi, takda masalah nak telan.

Hasilnya setelah konsisten sepanjang mengandung bukan saja memberi kebaikan kepada gigi..

★Tiada sakit gigi
★Tiada sembelit
★Tiada cramp
★Mudah lena
★Hilang lenguh-lenguh badan
★Hilang sakit pinggang
★Kurang stress
★Atasi morning sickness

APA KELEBIHAN OSTEMATRIX SHAKLEE?




Dapatkan Ostematrix Shaklee sekarang.Anda pasti jatuh cinta pandang pertama bila mencubanya.

Salam sayang,,,

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign