VITAMIN MAMA DANISH: Februari 2017

21 Februari 2017

25 KEBAIKAN VITAMIN C UNTUK KULIT, RAMBUT DAN BADAN




Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel.

Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan

Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalammerawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen,struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa

Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesandengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida

Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi

Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.



5. Saluran Darah

Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum. 

Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadakKeracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.

Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dantekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus

Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal.Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. 



Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C bolehmerendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan

Vitamin C membantu badan mengatasitekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak

Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.

Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi bolehmenghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah

Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C bolehmelindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga

Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung

Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.



13. Diabetes

Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma

Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit



15. Perlindungan dari matahari

Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebasyang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen

Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikatmolekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka

Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



18. Melindungi dari perubahan warna kulit

Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utamapenghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.

Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin Cmemperbaiki rupa dan tekstur kulit.


Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Kebaikan Vitamin C Untuk Rambut




20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikalbebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur

Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.

Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang lebat

Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



24. Melawan Masalah Rambut

Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia danmasalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban

Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

Sumber:tipsihatselalu.blogspot

Vitamin C Shaklee



Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.

Apa itu sustained release? 

Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam.

Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu.

Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Dapatkan konsultansi PERCUMA dari saya.

20 Februari 2017

PECAHKAN BATU HEMPEDU TANPA PEMBEDAHAN

Apakah Penyakit Batu Hempedu?



Penyakit batu karang hempedu adalah masalah yang sering dihadapi penduduk Malaysia. Ia dikaitkan dengan peningkatan pengambilan makanan berlemak. Penyakit ini agak unik kerana ia melibatkan 3 organ badan iaitu hati, pundi hempedu dan pankreas. Tanda dan gejala klinikal penyakit ini adalah  berbeza-beza bergantung samada aliran hempedu terhalang. Rawatan kepada penyakit ini biasanya melalui pembedahan laparoskopi.

Bagaimanapun, ada juga situasi di mana pembedahan tidak perlu dilakukan dan adakalanya boleh dibantu dengan pengambilan suplemen atau detoks.

Batu hempedu terbentuk apabila salah satu daripada tiga komponen utama dalam hempedu (kolesterol, garam hempedu dan bilirubin) wujud secara berlebihan menyebabkan ketidakseimbangan cecair. Lama-kelamaan batu karang hempedu ini menjadi bertambah besar atau semakin banyak.

Punca Pembentukan Batu Hempedu

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi pembentukan batu karang hempedu iaitu:

1)Jantina. Wanita berisiko dua kali ganda daripada lelaki. Ini adalah disebabkan oleh jumlah hormon estrogen yang berlebihan dalam kalangan wanita. Keadaan tertentu seperti kehamilan, terapi penggantian hormon dan pil perancang keluarga mendedahkan mereka kepada estrogen yang berlebihan. Estrogen yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam hempedu, seterusnya mengganggu keseimbangan cecair hempedu. Estrogen yang berlebihan juga mengurangkan pengecutan pundi hempedu menyebabkan stasis hempedu dan pembentukan batu karang hempedu.

2)Berat badan. Obesiti merupakan satu lagi faktor risiko kerana paras kolesterol yang tinggi dalam darah.

3)Diet.  Pemakanan yang tinggi lemak dan kolesterol merupakan satu lagi faktor risiko.

4)Umur. Individu berumur 60 tahun dan ke atas mempunyai insiden batu karang hempedu yang lebih tinggi.

5)Diabetes. Penghidap Diabetes mempunyai jumlah asid lemak yang lebih tinggi iaitu trigliserida dan kolesterol darah.

6)Ubat kolesterol. Ubat yang mengurangkan tahap kolesterol dalam darah juga meningkatkan jumlah kolesterol yang dirembeskan ke dalam hempedu.


Rawatan Penyakit Batu Hempedu

Rawatan batu karang hempedu bergantung kepada gejala dan lokasi. Kebanyakan batu karang hempedu yang asimptomatik tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, pembedahan diperlukan bagi keadaan tertentu. Sila berbincang dengan pakar jika anda mengalami keadaan seperti ini.

Pengambilan suplemen tertentu dapat membantu bagi batu hempedu yang tidak kronik.



★Lecithin : bertindak sebagai pengemulsi lemak sekaligus membantu pemecahan batu karang ini kepada hablur yang lebih kecil dan seterusnya melarutkan ia melalui aliran darah



★DTX Complex : bertindak sebagai tonik hati untuk mengeluarkan kotoran yang berada di dalam 3 organ ini (hati, pankreas dan hempedu) dan seterusnya memastikan hati berfungsi dengan lebih baik.Sustained Release



★Vita-C : meningkatkan imun badan supaya pemulihan lebih cepat dan sekaligus mengelakkan penyakit yang sama berulang. Ia juga memastikan aliran darah yang lebih lancar dan bersih dalam tubuh badan.



★ESP : sebagai makanan gantian ketika proses detoks dijalankan untuk mengurangkan beban kerja kepada 3 organ ini. Sekiranya anda ada alahan kepada soya (bukan GMO), anda boleh memilih untuk mengambil Cinch Shake sebagai gantian.



★Performance Orange : minuman elektrolit yang memastikan jumlah air mencukupi dalam badan dan mengelakkan badan daripada terhidrat dan membahayakan buah pinggang anda.  



★Alfafa Complex : sumber serat yang membantu proses detoks dan menyerap lemak yang berlebihan



★Herblax : membersihkan usus, untuk sistem penghadaman yang lebih sihat dan baik untuk detoks.

Rawatan Alternatif - 'Eat Clean' dan Detoks

Pesakit Batu Hempedu boleh mencuba rawatan alternatif dengan minyak zaitun dan jus lemon seperti di dalam jurnal oleh FKM, Universiti Teknologi Malaysia : klik link di bawah.

http://www.fkm.utm.my/~mkamal/Rawatan%20Batu%20Hempedu.htm

Eat Clean seperti yang dicadangkan oleh pakar pemakanan boleh dijadikan salah satu usaha menangani masalah batu hempedu ini serta ambil bersama suplemen di atas. Klik link di bawah untuk bacaan lanjut.

http://www.healthsachoice.com/detoxing/one-of-the-best-cleanses-you-can-do-for-your-health/

Dapatkan Suplemen Untuk Batu Hempedu Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan suplemen seperti dicadangkan di atas.

Atau, anda juga boleh hubungi saya di nombor yang tertera serta mendapatkan khidmat konsultasi PERCUMA dengan setiap pembelian.

SET KANAK-KANAK CERGAS, CERDAS DAN PINTAR



⚘ Mealshakes

- Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan dalam jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

Meal Shakes Shaklee juga mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.

⚘ Omega Guard

- Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.

Satu hidangan OmegaGuardTM menyediakan 1000mg asid lemak omega3 termasuk DHA dan EPA.

⚘ Chewable Vitamin C

- Chewable Vita-C Plus (100mg) mempunyai Vitamin C (117.9mg), Citrus Bioflavonoids Complex (24.00mg) dan ramuan tambahan;

- Rose Hips Powder (40.00mg) yang juga salah satu sumber vitamin C yang hebat


⚘ Vitalea for kids





APA KHASIAT DALAM SUPPLEMENT INI?

☃Mealshakes

Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan.

Mengandungi asic folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang sangat diperlukan untuk membina tulang yang kuat yang penting dalam proses tumbesaran anak-anak kita.

Kaya dengan protein yang membantu pembentukan kulit, kuku, rambut, darah dan organ yang sihat.

☃ Omega Guard

DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan

☃Chewable Vitamin C

Vitamin membantu menguatkan sistem imun anak-anak dan membantu mencegah demam dan jangkitan selsema yang selalu menyerang anak-anak.

☃Vitalea for children

-Anak yang kurang selera makan
-Anak yang suka makan junk food
-Selalu dan mudah dapat penyakit seperti demam, batuk dan selsema.
-Tingkatkan sistem imuniti badan
-Ibu bapa yang gagal menyediakan makanan seimbang berkhasiat kepada anak kerana kesibukan bekerja.
-Anak yang kurang minum susu (bekalkan 200mg dalam setiap tablet)
-Anak yang tak suka makan sayur (mengandungi vitamin k bantu pembekuan darah dengan cepat jika luka)

Meal Shakes diperbuat dari bahan-bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.

Lactalbumin ialah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap kedalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke dewasa.

TESTIMONIAL DARI CUSTOMER SAYA








ANAK SAYA PENGGUNA SETIA SET KANAK-KANAK

Saya start bagi masa umor 1 tahun. Sehinggalah sekarang dah berumur hampir 4 tahun. Anak saya suka sangat dengan omega guard dan mealshake.

Alhamdulillah sangat membantu tahap kesihatan anak saya.

Imun badan kuat, jarang sakit dan sentiasa cergas dan aktif.

Pelaburan yang sangat berbaloi bagi saya kerana kos mencegah jauh lebih murah dari merawat.













Berminat nak cuba?

19 Februari 2017

1000++ ounce STOK EBM SEMASA BERPANTANG

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Waktu berpantang adalah waktu terbaik bagi ibu bekerja mengumpul stok EBM. Ini memudahkan ibu apabila naik bekerja selepas tamat tempoh berpantang.

Tak semua ibu dikurniakan rezeki susu yang banyak dan mencurah-curah. Tetapi ibu perlu berusaha untuk merangsang penghasilan susu seawal selepas bersalin.

Pengalaman menyusukan anak pertama memudahkan saya mengumpul stok EBM bagi anak kedua. Segala ilmu diaplikasikan sepenuhnya dan hasilnya cukup lumayan buat anak.

Saya berjaya mengumpul stok EBM 1000++ounce buat anak syurga saya. Berkat saya berjaga siang malam mengepam tanpa jemu. Sebabnya itu saja tips yang berkesan untuk banyakkan susu selain dari mengambil supplement dan berurut.

Nak tau apa kaedah yang saya gunakan?

Saya gunakan kaedah tendum nursing untuk mengumpul stok EBM.

APA ITU TENDUM NURSING?



Tandem Nursing adalah salah satu kaedah atau teknik untuk membanyakkan susu ibu. Ia dilakukan secara sebelah payudara bayi menyusu dan sebelah lagi mengepam atau menyusukan 2 anak atau lebih yang bukan kembar dalam satu masa. Teknik ini juga boleh diaplikasikan jika bersalin kembar.

Tapi bagaimana pula jika bayi yang baru lahir terpaksa berkongsi susu badan bersama kakak/abang yang sudah pun menginjak umur dua tahun atau lebih.Sebenarnya tiada salah langsung menyusu anak-anak secara tandem.

Malahan lebih banyak manfaat serta kebaikan yang diperolehi. Antaranya:

★Berkongsi kebaikan/nutrisi susu badan 
★Melatih anak yang lebih tua untuk bersabar dan beralah kerana ibu perlu utamakan si adik
★Anak yang lebih tua tidak merasa tersisih dengan kehadiran ahli keluarga baru
★Hubungan antara adik-ibu-abang/kakak lebih rapat
★Kedua-dua anak yang tandem mempunyai antibodi yang tinggi dan sukar dijangkiti penyakit
★Lebih banyak susu yang akan terhasil dapat mengelakkan masalah bengkak susu
★Mengelakkan bayi tersedak akibat fast flow kerana laluan di payudara sudah pun ada ketika menyusukan anak

Bagi ibu ibu bekerjaya, teknik ini paling sesuai dimulakan sejak dalam tempoh berpantang kerana ketika tempoh tersebut, saat mengepam adalah limited disebabkan kita seharian bersama bayi yang menyusu kan. Namun, Tandem Pumping ini harus diteruskan setelah masuk kerja dimana kita lakukan setelah berada di rumah pada waktu malam.

Memang Tandem Pumping ini agak sukar buat pertama kali kerana kita perlu  handle dua payudara serentak antara bayi dan breastpum. Tapi saya ada tips menarik dan mudah untuk ibu ibu laksanakan Tandem Pumping ini. Saya namakan Tips Manis bertandem pumping.. Manis ke? hihi.. yg dah buat selami dia tahu.. semanisss kurma gitu! ;)


Tips MANIS bertandem pumping ;)




1.       Ibu duduk bersandar dalam keadaan selesa

2.      Lunjurkan kaki kedepan

3.      Letak bantal untuk support baby (pilih samada anda selesa baby disebelah tangan kanan atau kiri)

4.      Jika anda memilih baby menyusu sebelah kanan, pegang pam di sebelah tangan kiri anda dan begitu sebaliknya

5.      Sambil baby menyusu dan mengepam tu, tenung wajah baby anda (method ini dipanggil grooming) lihatla betapa COMEL nya baby anda. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu..senyumlah sambil mengusap2 ubun kepalanya sambil berzikir Nama Allah, Ya Mattinn.

6. Seronoknya teknik ini apabila anda dapat melihat mana satu yg berhenti/selesai dahulu samada baby anda kenyang (berhenti menyusu) atau botol pum yg penuh dulu.

7.      Rilex dan berfikiran positif


Amalkan selalu kaedah ini, insyaallah lama lama tandem pumping anda akan menjadi mudah..& ianya membantu penghasilan susu yg banyak! Alah bisa tegal biasakan ;)

Pastikan badan ibu ibu sihat makan makanan penuh nutrisi untuk hasilkan susu ibu ISTIMEWA BERNUTRISI untuk si comel anda hokey!

Teruskan Penyusuan kerana Penyusuan itu Sunnah..

Penyusuan memang memenatkan. Boleh dapatkan supplement Shaklee dari saya sebagai ikhtiar membantu ibu sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang menjayakan penyusuan susu ibu.

Dapatkan konsultansi PERCUMA dari saya.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign