VITAMIN MAMA DANISH: 1000++ ounce STOK EBM SEMASA BERPANTANG

19 Februari 2017

1000++ ounce STOK EBM SEMASA BERPANTANG

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera



Waktu berpantang adalah waktu terbaik bagi ibu bekerja mengumpul stok EBM. Ini memudahkan ibu apabila naik bekerja selepas tamat tempoh berpantang.

Tak semua ibu dikurniakan rezeki susu yang banyak dan mencurah-curah. Tetapi ibu perlu berusaha untuk merangsang penghasilan susu seawal selepas bersalin.

Pengalaman menyusukan anak pertama memudahkan saya mengumpul stok EBM bagi anak kedua. Segala ilmu diaplikasikan sepenuhnya dan hasilnya cukup lumayan buat anak.

Saya berjaya mengumpul stok EBM 1000++ounce buat anak syurga saya. Berkat saya berjaga siang malam mengepam tanpa jemu. Sebabnya itu saja tips yang berkesan untuk banyakkan susu selain dari mengambil supplement dan berurut.

Nak tau apa kaedah yang saya gunakan?

Saya gunakan kaedah tendum nursing untuk mengumpul stok EBM.

APA ITU TENDUM NURSING?



Tandem Nursing adalah salah satu kaedah atau teknik untuk membanyakkan susu ibu. Ia dilakukan secara sebelah payudara bayi menyusu dan sebelah lagi mengepam atau menyusukan 2 anak atau lebih yang bukan kembar dalam satu masa. Teknik ini juga boleh diaplikasikan jika bersalin kembar.

Tapi bagaimana pula jika bayi yang baru lahir terpaksa berkongsi susu badan bersama kakak/abang yang sudah pun menginjak umur dua tahun atau lebih.Sebenarnya tiada salah langsung menyusu anak-anak secara tandem.

Malahan lebih banyak manfaat serta kebaikan yang diperolehi. Antaranya:

★Berkongsi kebaikan/nutrisi susu badan 
★Melatih anak yang lebih tua untuk bersabar dan beralah kerana ibu perlu utamakan si adik
★Anak yang lebih tua tidak merasa tersisih dengan kehadiran ahli keluarga baru
★Hubungan antara adik-ibu-abang/kakak lebih rapat
★Kedua-dua anak yang tandem mempunyai antibodi yang tinggi dan sukar dijangkiti penyakit
★Lebih banyak susu yang akan terhasil dapat mengelakkan masalah bengkak susu
★Mengelakkan bayi tersedak akibat fast flow kerana laluan di payudara sudah pun ada ketika menyusukan anak

Bagi ibu ibu bekerjaya, teknik ini paling sesuai dimulakan sejak dalam tempoh berpantang kerana ketika tempoh tersebut, saat mengepam adalah limited disebabkan kita seharian bersama bayi yang menyusu kan. Namun, Tandem Pumping ini harus diteruskan setelah masuk kerja dimana kita lakukan setelah berada di rumah pada waktu malam.

Memang Tandem Pumping ini agak sukar buat pertama kali kerana kita perlu  handle dua payudara serentak antara bayi dan breastpum. Tapi saya ada tips menarik dan mudah untuk ibu ibu laksanakan Tandem Pumping ini. Saya namakan Tips Manis bertandem pumping.. Manis ke? hihi.. yg dah buat selami dia tahu.. semanisss kurma gitu! ;)


Tips MANIS bertandem pumping ;)




1.       Ibu duduk bersandar dalam keadaan selesa

2.      Lunjurkan kaki kedepan

3.      Letak bantal untuk support baby (pilih samada anda selesa baby disebelah tangan kanan atau kiri)

4.      Jika anda memilih baby menyusu sebelah kanan, pegang pam di sebelah tangan kiri anda dan begitu sebaliknya

5.      Sambil baby menyusu dan mengepam tu, tenung wajah baby anda (method ini dipanggil grooming) lihatla betapa COMEL nya baby anda. Cara ini secara tidak langsung akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu..senyumlah sambil mengusap2 ubun kepalanya sambil berzikir Nama Allah, Ya Mattinn.

6. Seronoknya teknik ini apabila anda dapat melihat mana satu yg berhenti/selesai dahulu samada baby anda kenyang (berhenti menyusu) atau botol pum yg penuh dulu.

7.      Rilex dan berfikiran positif


Amalkan selalu kaedah ini, insyaallah lama lama tandem pumping anda akan menjadi mudah..& ianya membantu penghasilan susu yg banyak! Alah bisa tegal biasakan ;)

Pastikan badan ibu ibu sihat makan makanan penuh nutrisi untuk hasilkan susu ibu ISTIMEWA BERNUTRISI untuk si comel anda hokey!

Teruskan Penyusuan kerana Penyusuan itu Sunnah..

Penyusuan memang memenatkan. Boleh dapatkan supplement Shaklee dari saya sebagai ikhtiar membantu ibu sentiasa cergas dan bertenaga sepanjang menjayakan penyusuan susu ibu.

Dapatkan konsultansi PERCUMA dari saya.

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign