VITAMIN MAMA DANISH: Oktober 2016

4 Oktober 2016

TEKNIK MARMET BANYAKKAN SUSU IBU DENGAN CEPAT

Assalamualaikum..

hand-expressing1
Teknik memerah menggunakan tangan atau marmet


Dah lama rasanya tak update berkenaan penyusuan susu ibu. Hari ni terasa nak share tentang TEKNIK MARMET. Mesti ada mommy yang tertanya-tanya apa itu marmet? Hahaha..Jangan risau, saya juga seperti anda suatu ketika dulu. Hihihi. 

Saya terjebak dengan teknik marmet ni masa 1st baby dulu. Masa tu puting jadi luka sebab tak pandai susukan baby dengan betul. Makanya, nak gunakan pam susu memang sakit ya amat. Sekali pam siap keluar darah sekali. Susu dah jadi macam air bandung sebab bercampur darah.huhuhuhu

Bila sakit nak pam, breast jadi bengkak dan saya terkena bengkak susu yang teruk. Masa tu la baru nak belajar teknik ni.
Google dan youtube menjadi penyelamat. Tak sangka marmet sangat best dan seronok bila kita tau cara yang betul. Malah, hasil marmet boleh dapat sama macam kita guna pam. Alhamdulillah sangat.


APA ITU TEKNIK MARMET?


Actually, teknik marmet ini adalah teknik pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata tanpa menggunakan alatan lain terutama pam. Jika teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, ianya dapat mengosongkan kilang susu dan mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding pam.

Nak tahu kenapa?

Sebab ada "sentuhan kulit ke kulit" yang dapat merangsang  penghasilan susu.Teknik marmet ini jika tidak diamalkan dengan cara yang betul boleh merosakan aliran-aliran susu pada payudara. So, jom belajar teknik yang betul !!!


CARA MELAKUKAN TEKNIK MARMET


Perkara pertama sebelum memulakan teknik marmet adalah melakukan urutan terlebih dahulu bagi memastikan proses perahan berjalan lancar. 


MENGURUT 



✎ Pastikan tangan anda dibersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan urutan. Kemudian, tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Seterusnya, urutlah payudara dengan mengikut langkah-langkah berikut : 

MassageDengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke aerola. Tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan. 

Stroke > Dengan menggunakan kelima-lima jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh ‘menyikat’ payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke aerola 

Shake >  Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membantu meransang pengeluaran susu ibu 



MEMERAH


Langkah 1

1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan dibahagian bawah aerola (kedua-dua jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 64. Letak ibu jari diatas areola, jari telunjuk dan jari tengah dibawah areola.




2)  Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi

3) Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas

4) Ulang langkah 1-3 sehingga aliran susu berkurangan





5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9,8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5,4,3, 2 dan1. Lakukan gerakan memerah sama seperti langkah 1-4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya

6) Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpan yang bersih

7) Beralihlah ke payu dara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara. (Saya buat selang-seli bila tangan dah lenguh)




Langkah 2

Melancarkan aliran susu


Tolak dan golek
Tolak dan golek



tolak dan gentel
Golek dan gentel bahagian aerola bagi mempercepatkan LDR


1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima-lima jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain  

2) Usap payu dara bermula daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu 


Elakkan pergerakan ini!


 marmet 5

 Jangan picit puting payu dara. Ini akan menyebabkannya lebam 
✘ Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tisu payu dara 
✘ Jangan geselkan tangan anda ke payu dara kerana boleh menyebabkannya melecet  

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit – 30 minit. Perah setiap sebelah payudara antara 5- 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake). Kemudian perah lagi setiap sebelah payudara dalam 3 – 5minit. Dan ulang semula rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah payu dara Cubalah praktikkannya! InsyaAllah banyak membantu. 

Apa yang ditunjukkan di atas adalah asas dalam teknik marmet. Sekiranya anda sudah lama menggunakan teknik ini, anda akan bertemu formula sendiri untuk mempercepatkan pengeluaran susu, LDR dengan kerap sekaligus meningkatkan hasil tuaian susu. Anda pasti teruja dan jatuh cinta bila susu memancut mancut dan berbuih halus dalam botol. 

Pastikan anda juga jaga menjaga mengamalkan 5 asas penyuusan iaitu minum air kosong dengan banyak, makan makanan berkhasiat, rehat yang secukupnya, menjaga demand & supply dan berdoa agar dicukupkan susu sehingga anak berumur 2 tahun. Anda boleh ambil apa-apa suplemen untuk menampung sebarang kekurangan pada dalam badan.

4 ounce jugak dapat dalam masa 15 minit. Alhamdulillah.

 Ni hasil marmet kelmarin. Kes tertinggal pam susu di rumah. Breast dah bengkak. Makanya lari sekejap ke rumah pengasuh. Pinjam bekas nak isi susu.hihihi. Kebetulan pulak terlupa petangnya ada tuisyen, jadi stok susu untuk anak tak cukup. Haa..bolehlah bekalkan stok perahan marmet ni untuk baby. Mudah kan? Saya selalu gunakan teknik marmet ini waktu kecemasan, macam kes tertinggal pam kelmarin dan juga selepas perah guna pam. Contohnya, dah perah guna pam dapat 4 ounce, jadi nak penuhkan botol supaya dapat 5 ounce..makanya teknik marmet digunakan. Sebabnya masih ada lagi sisa susu yang tak berjaya dikeluarkan menggunakan pam susu.


Senangkan teknik marmet ini? Sudah belajar so boleh lah mommies cuba!!!


Happy Breastfeeding Mommies!

credit : mamaqaireen,healthyvitagarden

Nisak
Pengedar Shaklee Baling
0135074833

















VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign