VITAMIN MAMA DANISH: Tips Panaskan Susu Perahan Ibu (EBM)

6 Mac 2016

Tips Panaskan Susu Perahan Ibu (EBM)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pengendalian susu ibu perlu dibuat dengan teliti dan baik. Hal ini kerana sifat susu ibu yang sensitif. Tidak terkecuali cara memanaskan susu perahan ini juga tak boleh dipandang remeh.

AMARAN:

■Susu Ibu Tak Boleh Dipanaskan/Direbus Atas Dapur.
■Susu Ibu Tak Boleh Dididihkan
■Susu Ibu Tak Boleh Dipanaskan Guna Microwave/Oven




TAHUKAH ANDA??
★Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dan dipanaskan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.
★Susu yang terlalu panas boleh merosakkan nutrien dan khasiat susu ibu. Ini bermaksud khasiat susu ibu tersebut sama seperti air kosong.
★Suhu yang sesuai untuk panaskan susu ibu hanyalah di antara 40 - 60 'c sahaja.

2 Cara Panaskan Susu Perahan Ibu

1) Kaedah Manual




- Rendamkan botol susu/bekas susu ibu dalam mangkuk yang berisi air panas. Cara ini anda perlu lakukan berulang kali kerana lepas beberapa minit air panas tu akan sejuk, so kena tukar air panas baru, kena tukar-tukar air, sampai la susu tu panas sepenuhnya.
-Selepas itu, anda boleh picit sikit pada belakang tangan untuk rasa kepanasannya. Kalau rasa sedap-sedap je panasnya/suam, boleh bagi terus baby minum.

2) Bottle Warmer






- Sekiranya anda merasakan cara pertama tadi agak leceh dan tak yakin, apa kata laburkan sedikit wang untuk membeli warmer.

-Bottle warmer ni ada 2 jenis tau.

★Ada yang jenis home bottle warmer. Boleh digunakan di rumah sahaja. Tiada extension socket dalam kereta.
★Saya beli home and car bottle warmer sebab ianya boleh digunakan di rumah dan juga dicucuk dalam kereta. Jadi senang nak usung ke mana-mana.

-Penggunaan bottle warmer ni mudah sebab anda hanya perlu setting kan button pada gambar botol susu dan biarkan warmer tersebut panaskan susu dengan sendirinya. Anda hanya perlu tunggu sahaja bila ianya siap dipanaskan.
Bagusnya warmer ni, suhu susu ibu akan kekal pada 40-60'c walaupun anda biarkan lama dalam warmer tersebut.

-Tapi perlu diingatkan anda perlu panaskan 10-15 minit awal sebelum berikan kepada bayi anda untuk minum. Warmer ni ambil masa untuk panaskan secara perlahan-lahan supaya khasiat susu ibu tak terjejas. Contohnya, jika anda nak berikan bayi anda minum pada pukul 2.00 petang, anda perlu panaskan susu ibu pada jam 1.45 petang. Ini bagi memastikan bayi anda tak melalak akibat lambat minum susu. Hihi

-Malah memberikan susu ibu yang sejuk/tidak panas dengan betul boleh sebabkan perut bayi anda kembung.


Kelebihan Penggunaan Warmer

-Ia juga boleh panaskan bayi anda seperti puri/bubur nasi. Sangat berbaloi bagi saya sebab ia mudah dan praktikal. Tak rugi saya beli tau. Ia sangat membantu masa 1st baby ritu. Sekarang nak guna untuk 2nd baby bila habis berpantang nanti.

-Nak bekalkan kepada pengasuh pun mudah. Boleh tunjukkan siap-siap cara penggunaan yang betul. Bukan semua pengasuh boleh handle susu perahan dengan baik. Jadi, warmer ni mudahkan kerja pengasuh anda supaya mereka tak rasa susah beri susu ibu kepada bayi anda.

Bagaimana Sekiranya Nak Pergi Jalan-Jalan/Outing?

-Sekiranya anda ingin keluar berjalan-jalan ke tesco atau sebagainya, selepas susu ibu dipanaskan anda boleh balut dengan towel dan letak dalam warmer bag. Jadi, kepanasan tu tahan lama sikit. Bila baby nak minum, susu tersebut masih suam-suam.

-Ada jugak ibu-ibu yang gunakan warmer wrap untuk mengekalkan kepanasan susu ibu. Tapi bagi saya tak perlu pun. Balut je dengan towel dan letak je dalam handbag sorok dalam dalam still tahan tau.


Warmer wrap



-Perlu diingatkan, susu ibu yang telah dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 2 jam sahaja.

Semoga Perkongsian ini bermanfaat buat ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan penuh susu ibu.

Susu Ibu hanya untuk Ibu-ibu yang tabah dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Happy Breastfeeding!






































































Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign