VITAMIN MAMA DANISH: Mac 2016

24 Mac 2016

7 Item Asas Penyusuan Yang Wajib Dimiliki


Susu ibu adalah makanan terbaik buat si manja kerana mengandungi pelbagai khasiat.Penyusuan susu ibu secara eksklusif amat digalakkan tanpa mencampurkan bahan lain seperti air kosong atau susu formula.

Untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga anak berusia sekurang-kurangnya 2 tahun, beberapa kelengkapan asas dan peralatan sokongan diperlukan.

Boleh beli mengikut bajet ibu ya kerana banyak pilihan yang ada dan ini merupakan pelaburan untuk masa depan memandangkan kos yang dikeluarkan hanya sekali seumur hidup. 

Ibu juga boleh baca 13 Perkara Ibu Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu Eksklusif


1. Pam payudara

Terdapat dua jenis pam payudara, manual dan elektrik. 




Kebanyakan pakar laktasi menyarankan agar ibu-ibu menyusu menggunakan pam payudara yang boleh mengendalikan dua buah corong payudara {double pumping} bagi membolehkan ibu melakukan pengepaman berganda pada satu masa.Jenama pam bergantung kepada keperluan dan bajet disamping, keperluan pemerahan ibu. 

Jika waktu memerah sangat singkat, ibu bolehlah memilih pam elektrik berganda. Jika ibu sering keluar pejabat, pam jenis bateri, USB atau manual lebih sesuai kerana boleh beroperasi tanpa punca elektrik.

Ibu perlu membuat pembelian bijak dengan mengambil kira harga bersesuaian dengan spesifikasi rekaan, mudah digunakan atau dibawa dan mempunyai jaminan daripada syarikat pengeluar.


2.Coli menyusu



Of course, coli menyusu penting untuk daya sokongan yang baik.Pilih coli yang diperbuat daripada kain lembut seperti kain kapas.Elakkan membeli coli berdawai kerana ia boleh menyebabkan saluran susu tersumbat.


3. Pelapik payudara




Pelapik payudara {breast pad} juga perlu untuk menyerap lelehan susu ibu dan mengelakkan pakaian basah atau kotor disebabkan oleh kesan tompokan lelehan susu ibu.


4. Botol dan liner plastik untuk penyimpanan





Pilih botol yang bebas bahan Bisphenol A {BPA }
Mempunyai saiz 5 0z, berleher lebar dan tidak terlalu kecil.Ini supaya ibu mudah untuk memegang botol ketika mengepam.Ibu juga perlu pilih liner plastik yang bebas BPA. Penggunaan liner akan mengurangkan penggunaan ruang kerana boleh dileperkan atau ditindan ketika dibekukan di dalam freezer.

5. Beg pendingin dan pek ais



Pek ais yang baik boleh sejukkan beg pendingin selama 12 jam.Beli 3 pek ais yang boleh dimuatkan dalam beg pendingin bersaiz sederhana. Jika beg bersaiz besar, ibu mungkin memerlukan lebih 3 pek ais.Pek ais ini membantu untuk menjamin suhu dalam beg menjadi sejuk dan susu juga tidak rosak.Bekukan ais selepas pulang ke rumah supaya ia beku dan ready untuk digunakan pada esoknya.


6. Poncho menyusu aka nursing cover



Ibu memerlukan poncho menyusu ketika mengepam di pejabat.Selain itu, poncho boleh digunakan ketika penyusuan di kawasan awam seperti shopping kompleks, taman dan sebagainya


7. Pakaian penyusuan



Pakaian penyusuan yang sesuai memudahkan proses penyusuan dan pemerahan.Dapatkan koleksi pakaian menyusu yang mempunyai ruangan bukaan tertentu bagi membolehkan si kecil menyusu atau mengepam dengan selesa.

Untuk ibu yang ingin menyusukan anak secara eksklusif perlu dapatkan items ini. Mudah-mudahan si baby mendapat khasiat susu ibu dan terus membesar sebagai champion!


Semoga Bermanfaat.
Happy Breastfeeding Mommy!







21 Mac 2016

9 KAEDAH BANYAKKAN SUSU IBU


Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Susu ibu merundum? Mesti risau kan bila bekalan susu badan semakin kurang. Tidak dinafikan, penghasilan susu ibu ini bergantung kepada “demand and supply” dan set minda si ibu. Harus fikir yang positif ya ibu-ibu.

Namun begitu, kadang-kadang mami memerlukan makanan yang serasi dengan badan agar membantu meningkatkan lagi penghasilan susu. Stress, letih dan banyak faktor lain menghalang penghasilan susu badan.

Terdapat beberapa kaedah meningkatkan penghasilan susu ibu :

1# Kacang Tanah




★Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.
★Kandungan protein dalam kacang tanah adalah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya.
★Bagi menambahkan penghasilan susu badan, mami digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.


2# Susu


★Seelok-eloknya mami perlu banyakkan minum susu.
★Ambil 3 hingga 4 hidangan sehari.

3# Halba



★Cuci halba bersih-bersih kemudian keringkan dan simpan dalam bekas tertutup.
★Untuk menggunakannya, rendam 1 sudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit.
★Selepas 15 minit, tapis dan minum airnya.


4# Daun sirih




★Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih.
★Kemudian, layurkan pada api sehingga layu.
★Setelah suam, tekapkan pada payudara.
★Lakukan ini setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.


5# Longan kering




★Untuk meningkatkan penghasilan susu ibu, rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang.
★Kemudian, minum airnya.


6# Daun betik muda




★Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda.Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih.
★Minum air rebusan tersebut 2 hingga 3 kali sehari.


7# Bunga melur dan daun pucuk manis



★Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus.
★Tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi.
★Mami harus cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi.


8# Lobak putih



★Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana.Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil.
★Selepas itu, kisar sehingga halus.
★Campurkan dengan segelas air suam.Minum sebanyak 2 kali sehari.


9# Nasi panas, halia muda dan air masam




★Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan campurkan dengan air asam.

Mudah-mudahan kaedah ini membantu mami banyakkan susu ibu. Tapi perlu ingat, minum air secukupnya kerana jika air kurang maka kuranglah susu badan.


Sumber: aveheart.com
























9 Mac 2016

Hadiah FREE Shaklee Bagi!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Hari ni nak share pasal Reward Bonanza Shaklee.. dapat bulan 1 haritu lagi..baru nak update..hihihi

Shaklee ni memang baik hati. Reward ni dapat sebab dapat achieved target. Tu yang semakin seronok berbisnes Shaklee. Oleh kerana tengah berpantang, dapat la guna stok free ni untuk diri sendiri. Jimat kan?

Nak buat juai pun boleh. Terpulang.. lagi untung.. Kira punya kira hampir rm700 jugak barang free ni tau. Untung dapat merasa jugak. Ni kali ke dua dapat hadiah free.


Berminat untuk menjana pendapatan bersama Shaklee?
Mari sertai saya sekarang!
Hubungi saya segera.




Bak kata Dr Azizan
"Fast action, fast result!
"Terhegeh-hegeh action, terhegeh-hegeh result! "








7 Mac 2016

Baby Asyik Menyusu Je 24 Jam...Susu Tak Cukup Ke?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kerap kali saya menerima persoalan seperti di atas dari ibu-ibu menyusu.

KES:

Biasanya ibu yang baru bersalin dan sedang berpantang, baby terlalu kerap menyusu, asyik nak melekap saja..sepanjang masa! Sampaikan si ibu ni dah letih dan mula berfikir " susu aku ni tak cukup ke? " atau " baby tak cukup kenyang ke" ..yelah, asyik nak menyusu saja. Banyak persoalan seperti susu tidak keluar, susu tiada kerana bayi asyik menangis dan mahu menyusu sepanjang masa! Akhirnya, jalan pintas ialah bancuh SUSU FORMULA dan legaaa..barulah baby tidur lena kekenyangan.

Betul ke macam tu ?

Jawapannya

1) Baby baru lahir memang macam tu, memang nak melekap sahaja dengan ibu, bukan sahaja untuk menyusu, tapi dia selesa dipeluk, kerana apa yang dia tahu hanya menangis dan menghisap. Sebab dulu dalam rahim kan sempit dan sunyi je, so dia baru nak belajar sesuaikan diri di alam dunia yang luas seluasnya ni..jadi menyusu dan berada di dada ibu memberi ketenangan pada bayi.

2) Normal untuk bayi menyusu dengan kerap 8-12 kali sehari. Susu ibu ni lebih cepat hadam, saiz molekul susu ibu yang kecil dan halus memudahkan penyerapan kerana usus dan perut bayi yang belum matang, jadinya baby cepat lapar balik. Bayi sememangnya MENYUSU DENGAN KERAP kerana saiz perut bayi yang kecil dan susu ibu terhasil pula cukup-cukup saiz perut bayi itu. Malah, ketika ini, bayi baru lahir saiz perutnya sebesar guli, kapasiti 5-7 ml muat muat je dengan kolostrum yang terhasil pula 5-7ml juga dan bayi pula perlukan lebih kurang 25 minit untuk menghisap kolostrum sebanyak 1 sudu teh itu !!

3)Cara nak tau baby kenyang / susu ibu cukup ke tak?

Tengok pada najis baby, kalau baby poo poo 5-6 hari sekali dan warnanya kekuningan terang tu, maksudnya baby memang dah cukup kenyang la tu.Juga tengok pada pertambahan berat. Kalau berat baby bertambah, oklah.

4)Juga, kenapa baby yang minum susu formula tidur lena?

Sebab susu formula susah dihadam. Ini sebab usus baby masih belum matang dan penghadaman baby terpaksa "bekerja keras " untuk hadamkan susu formula tersebut.Atas sebab itu baby jadi letih dan tidur lama.Susu formula bagi bayi tidur lena?

Boleh rujuk sini:-

http://kellymom.com/nutrition/starting-solids/solids-sleep

Cara nak pastikan baby kenyang dengan susu ibu

https://www.breastfeeding.asn.au/bfinfo/my-baby-getting-enough-milk

Simbolik saiz perut bayi dan susu yang dihasilkan





Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
Happy Breastfeeding!

Credit sumber: aisyah-alyahya.blogspot.com



6 Mac 2016

Tips Panaskan Susu Perahan Ibu (EBM)



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pengendalian susu ibu perlu dibuat dengan teliti dan baik. Hal ini kerana sifat susu ibu yang sensitif. Tidak terkecuali cara memanaskan susu perahan ini juga tak boleh dipandang remeh.

AMARAN:

■Susu Ibu Tak Boleh Dipanaskan/Direbus Atas Dapur.
■Susu Ibu Tak Boleh Dididihkan
■Susu Ibu Tak Boleh Dipanaskan Guna Microwave/Oven




TAHUKAH ANDA??
★Haba dan kepanasan melampau boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu yang disejukkan atau dibekukan perlu dicairkan dan dipanaskan dengan kaedah yang betul untuk mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.
★Susu yang terlalu panas boleh merosakkan nutrien dan khasiat susu ibu. Ini bermaksud khasiat susu ibu tersebut sama seperti air kosong.
★Suhu yang sesuai untuk panaskan susu ibu hanyalah di antara 40 - 60 'c sahaja.

2 Cara Panaskan Susu Perahan Ibu

1) Kaedah Manual




- Rendamkan botol susu/bekas susu ibu dalam mangkuk yang berisi air panas. Cara ini anda perlu lakukan berulang kali kerana lepas beberapa minit air panas tu akan sejuk, so kena tukar air panas baru, kena tukar-tukar air, sampai la susu tu panas sepenuhnya.
-Selepas itu, anda boleh picit sikit pada belakang tangan untuk rasa kepanasannya. Kalau rasa sedap-sedap je panasnya/suam, boleh bagi terus baby minum.

2) Bottle Warmer






- Sekiranya anda merasakan cara pertama tadi agak leceh dan tak yakin, apa kata laburkan sedikit wang untuk membeli warmer.

-Bottle warmer ni ada 2 jenis tau.

★Ada yang jenis home bottle warmer. Boleh digunakan di rumah sahaja. Tiada extension socket dalam kereta.
★Saya beli home and car bottle warmer sebab ianya boleh digunakan di rumah dan juga dicucuk dalam kereta. Jadi senang nak usung ke mana-mana.

-Penggunaan bottle warmer ni mudah sebab anda hanya perlu setting kan button pada gambar botol susu dan biarkan warmer tersebut panaskan susu dengan sendirinya. Anda hanya perlu tunggu sahaja bila ianya siap dipanaskan.
Bagusnya warmer ni, suhu susu ibu akan kekal pada 40-60'c walaupun anda biarkan lama dalam warmer tersebut.

-Tapi perlu diingatkan anda perlu panaskan 10-15 minit awal sebelum berikan kepada bayi anda untuk minum. Warmer ni ambil masa untuk panaskan secara perlahan-lahan supaya khasiat susu ibu tak terjejas. Contohnya, jika anda nak berikan bayi anda minum pada pukul 2.00 petang, anda perlu panaskan susu ibu pada jam 1.45 petang. Ini bagi memastikan bayi anda tak melalak akibat lambat minum susu. Hihi

-Malah memberikan susu ibu yang sejuk/tidak panas dengan betul boleh sebabkan perut bayi anda kembung.


Kelebihan Penggunaan Warmer

-Ia juga boleh panaskan bayi anda seperti puri/bubur nasi. Sangat berbaloi bagi saya sebab ia mudah dan praktikal. Tak rugi saya beli tau. Ia sangat membantu masa 1st baby ritu. Sekarang nak guna untuk 2nd baby bila habis berpantang nanti.

-Nak bekalkan kepada pengasuh pun mudah. Boleh tunjukkan siap-siap cara penggunaan yang betul. Bukan semua pengasuh boleh handle susu perahan dengan baik. Jadi, warmer ni mudahkan kerja pengasuh anda supaya mereka tak rasa susah beri susu ibu kepada bayi anda.

Bagaimana Sekiranya Nak Pergi Jalan-Jalan/Outing?

-Sekiranya anda ingin keluar berjalan-jalan ke tesco atau sebagainya, selepas susu ibu dipanaskan anda boleh balut dengan towel dan letak dalam warmer bag. Jadi, kepanasan tu tahan lama sikit. Bila baby nak minum, susu tersebut masih suam-suam.

-Ada jugak ibu-ibu yang gunakan warmer wrap untuk mengekalkan kepanasan susu ibu. Tapi bagi saya tak perlu pun. Balut je dengan towel dan letak je dalam handbag sorok dalam dalam still tahan tau.


Warmer wrap



-Perlu diingatkan, susu ibu yang telah dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 2 jam sahaja.

Semoga Perkongsian ini bermanfaat buat ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan penuh susu ibu.

Susu Ibu hanya untuk Ibu-ibu yang tabah dan mempunyai semangat juang yang tinggi.
Happy Breastfeeding!






































































Sembelit Semasa Berpantang - Bagaimana Nak Atasinya?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Sembelit ibarat mimpi ngeri buat ibu-ibu yang baru melahirkan anak.  Terutamanya buat ibu-ibu yang bersalin secara normal. Risau jahitan bersalin terbuka menyebabkan ibu-ibu tidak berani meneran untuk membuang air besar.


Adakah Membuang Air Besar Lepas Bersalin Menyakitkan?

Lazimnya tidak. Anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini adalah disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.

Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur.

Kenapa Ibu Menghidapi Sembelit Selepas Melahirkan Bayi?

Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Satu per lima ibu baru mengalami kelewatan ini. Anda mungkin kurang selesa menggunakan tandas hospital. Dan tentulah anda akan bimbang jika terdapatjahitan dan lebam. Ini semua bermakna anda boleh menghidapi konstipasi (sembelit) dalam beberapa hari selepas melahirkan anak.

Terdapat sebab-sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:

★Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.

★Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.

★Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.

Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:

♡anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;

♡anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;

♡anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;

♡anda mendapat jahitan.


Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Atasi Sembelit?

1)Kebiasaannya doktor mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang ritma natural usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut. Selalunya doktor anda akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama.

Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu. Adalah penting bagi anda meminta doktor mempreskripsikan julap, dan tidak membelinya sendiri di kedai, sebab keperluan anda bergantung kepada samada anda mengambil ubat-ubat lain, atau jika anda menyusu badan.

2)Makan pada masa yang tetap dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minumlah banyak cecair.

3) Anda juga boleh amalkan pil kalsium shaklee iaitu Ostematrix. Berpantang kali pertama (2013) dan kali kedua sekarang (2016) menggunakan ostematrix ternyata tiada sembelit seperti yang diceritakan oleh rakan-rakan. Masa ni lah saya tahu yang Ostematrix bagus untuk melembutkan najis, sekaligus buat kita langsung tak sembelit.





Ostematrix mengandungi Magnesium yang bertindak melembutkan najis. Bila najis lembut, senang lah nak membuang, kan?

4) Untuk kesan yang lebih optimum, boleh amalkan sekali Alfalfa.


Alfalfa ni bagus untuk melawas dan menyahtoksik tubuh kita.

Kedua jenis Vitamin ini boleh diambil oleh semua golongan termasuk ibu, lelaki dan warga emas.

Bonus untuk ibu menyusu, susu bertambah banyak sebab Ostematrix dan Alfalfa ni “milk booster”. Tapi kalau anda bukan ibu menyusu, jangan risau, susu tak datang. Susu hanya akan banyak kalau kita perah dengan kerap, “milk booster” hanya membantu dan bukan faktor utama.

Bukan saya sorang je tau yang berpengalaman gini. Meh saya kongsikan pengalaman kawan-kawan saya bersama Ostematrix.







Eksklusif hanya untuk yang buat belian dari saya, saya akan sertakan sekali cara makan Ostematrix yang betul dan berkesan untuk anda.

Hubungi saya untuk order sekarang!







Credit sumber: diaryofmuhammad, sihatcomelceria.com, babycenbabycenter.com

1 Mac 2016

3 TIPS HILANGKAN STRECTH MARK HODOH DENGAN CEPAT DAN BERKESAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..



Masalah stretch mark adalah perkara biasa bagi wanita yang melahirkan anak. Ia umpama mimpi ngeri apabila melihat kulit perut yang berkedut seperti kulit limau.hihi
Jangan risau..shaklee ada penyelesaiannya.

Tetapi, di Shaklee kami menawarkan anda produk yang berkualiti tinggi, dengan kos yang BERPATUTAN, dan yang paling penting TEMPOH PENGGUNAAN YANG LAMA.


1) Energizing Soy Protein - ESP
(1 Hingga 2 bulan penggunaan)





ESP berperanan memperbaiki struktur kulit kita kerana ia merupakan sumber protein terbaik. Protein amat penting dalam proses pembentukan dan pembaharuan sel kulit sertamembentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit tau!

Sel-sel lama dan rosak juga akan disingkirkan dan digantikan dengan sel baru yang sihat. Sebab itu, parut susah nak hilang bila kita tidak mengambil protein yang cukup kerana sel-sel yang lama itu tidak dapat digantikan dengan sel yang lebih sihat.

ESP juga membantu penyerapan vitamin lain berada pada tahap optimum. Sebab tu, jika ESP diambil bersama suplemen-suplemen lain, ianya akan cepat menyerap dan memberi kesan yang lebih baik berbanding mereka yang tak ambil ESP bersama.


2)Sustained Released VITAMIN C
   ( 6 bulan penggunaan)



Vitamin C pula penting bagi pembentukan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein, iaitu kumpulan utama kulit yang menghubungkan dan menyokong tisu badan lain seperti kulit, otot, tendon, tulang, urat, organ dalaman serta terdapat di dalam gigi. Kolagen bersama keratin  menjadikan kulit kuat dan anjal dan secara tidak langsungmembantu mengurangkan kedutan dan stretch mark!

3) Masker ALFAFA




Apa Kata Testimonial Yang Berjaya


#TESTIMONI 1




#TESTIMONI 2




#TESTIMONI 3



sumber:greenvitamin


Berminat untuk mencuba? Dapatkan konsultansi percuma dari saya.









VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign