VITAMIN MAMA DANISH: 3 Cara Cairkan Susu Perahan (EBM) Beku

18 Februari 2016

3 Cara Cairkan Susu Perahan (EBM) Beku



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seringkali saya kerap diajukan soalan tentang pengurusan stok EBM.Salah satunya ialah

★Macam mana nak cairkan  susu EBM yang dah beku?





1) Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk)






   ♡ Alihkan susu ibu beku dari 'freezer' ke  bahagian fridge(sejuk). Digalakkan cairkan pada waktu malam untuk digunakan keesokan harinya. Ini supaya susu tu boleh defrost(cair) perlahan-lahan  kat peti bawah semasa dibiarkan semalaman tu.

♡ Seeloknya letak stok ebm beku tersebut berhampiran pintu peti sejuk bagi mempercepatkan proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat. Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya.


2) Teknik Air Mengalir




♡Lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip sejuk +- 5 minit jika perlukan segera. Terkadang jika paip diluar rumah panas, air yang keluar dari paip pun panas. Jadi, buka paip dan tunggu sehingga air sejuk baru lalukan air...kita tak boleh cairkan EBM secara mendadak ..


3) Rendam dalam air sejuk




♡Letakkan stok EBM beku dalam bekas yang berisi air sejuk/paip. Biarkan ia cair secara perlahan-lahan.

♡Apabila susu totally defrost (cair), stok EBM tersebut boleh disimpan dalam peti sejuk semula jika tidak mahu digunakan lagi.

♡Biasanya cara ini digunakan apabila stok EBM hendak digunakan dengan segera kepada bayi anda. Saya gunakan cara ini apabila perlu membawa stok bekalan untuk keluar berjalan-jalan.

NOTA PENTING.

★★ Apabila susu dah totally defrost (cair), ianya perlu dihabiskan dalam masa 24 jam. Maksudnya, dalam masa 24 jam tu, baby kena habiskan  susu tersebut. 24 jam adalah dari susu tu totally defrost ye. Maksudnya bila susu tu dah betul-betul cair sepenuhnya. Dari situ start kira 24 jam, susu boleh tahan
★★Jangan bekukan semula susu yang dah cair. Sekiranya susu tersebut tidak habis digunakan selepas 24 jam ia cair,  ianya perlulah dibuang sahaja.


Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua ibu menyusu!

Sumber :freevitamin, diaryofmuhaammad

Salam sayang,

Nisak
SID 1117698
013-5074833

1 ulasan:

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign