VITAMIN MAMA DANISH: Bolehkah Campur Susu Perahan (EBM)?

26 Februari 2016

Bolehkah Campur Susu Perahan (EBM)?




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Persoalan yang saya terima kali ini ialah tentang mencampurkan 2 susu perahan pada 2 sesi perahan yang berbeza kerana tidak mahu membazir bekas dan tidak mahu membazir ruang dalam peti sejuk.

Tak semua ibu bernasib baik mendapat hasil  yang lumayan apabila mengepam susu. Kadang-kadang ada yang hanya mendapat 2 ounce sahaja setiap kali sesi mengepam. Ada jugak yang hanya dapat 1 ounce saja. Jadi rasa rugi bekas dan ruang peti sejuk untuk menyimpan.

3 kali sesi perahan

Bolehkah Susu Perahan Berlainan Sesi Dicampur Dalam Satu Bekas?

Sebenarnya boleh. Tetapi ada beberapa syarat yang mesti ibu patuhi sebelum mencampurkan kedua-dua susu yang diperah pada waktu berlainan ini.

★Tempoh perahan mestilah dalam 24 jam. Kalau susu semalam nak campur dengan yang hari ni, tak boleh ya.

★Suhu perahan itu perlu dipastikan mempunyai suhu yang sama atau hampir sama. Maksudnya susu yang baru diperah tidak boleh dicampur dengan susu yang sudah disejukkan.Jangan campurkan susu lebihan yang sudah diminum oleh bayi. Enzim dan bakteria daripada mulut bayi boleh merosakkan susu.

Tips Mencampur Susu Perahan

♡♡Contoh #1; Perah jam 8 pagi dapat 2 Oz., perah jam 12 tengahari dapat lagi 3Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

♡♡Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah tengahari tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu yang diperah tengahari tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur

Apabila kedua-dua susu tadi sama sejuk, barulah dicampur ke dalam 1 bekas (5 ounce). Labelkan tarikh dan masa (ikut masa perahan pertama iaitu 8 pagi.



Susu perahan saya yang dicampur dalam 1 bekas

Kenapa Perlu Pastikan Suhu Sama Sebelum Dicampurkan?


★Ini untuk memastikan nutrien dan khasiat susu tidak terjejas.
★Jadi, sia-sia sahaja kita menyimpan susu yang tiada khasiat. Takkan nak bagi pada baby jugak. Tak gitu?

Kebanyakan pakar laktasi tidak menggalakkan mencampur susu kerana dikhuatiri nutrien dalam susu akan berkurang jika suhunya tidak sama. Tapi tak bermakna ianya tak boleh diamalkan.

Secara logiknya, takkan la dapat 2 ounce terus nak simpan buat stok? Membazir ruang peti ais dan jugak sukar nak bagi baby minum.
Biasanya saya akan simpan dalam setiap bekas cukup-cukup untuk baby minum.

Semoga perkongsian ringkas ini membantu ibu-ibu ye!


















Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign