VITAMIN MAMA DANISH: Februari 2016

29 Februari 2016

Mudahnya Nak Order Shaklee!!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Waktu berpantang ni tetap uruskan bisnes shaklee macam biasa. Walaupun di kampung line internet yang tak menentu, ia tak mematahkan semangat nak order barang, reply pm dan wasap customer. Cuma tugas nak Cod barang customer ja mak tang mintak husband. Hihi

Kenapa bisnes shaklee ni mudah? Hari ni nak share macam mana  mak tang order barang online tanpa perlu buka laptop? Mak tang hanya guna handphone untuk barang.  Zaman sekarang kan ada whatsapp, jadi order barang pun belasah guna ni jugak..huhu. Mudah kan?



Tak macam sebelum ni perlu online web shaklee2u atau walk in ke branch shaklee terdekat. Seingat mak tang, boleh kira dengan jari berapa kali ja pergi branch beli barang. Yang lain-lain semuanya online.

Sebab tu bisnes shaklee ni sesuai untuk semua terutamanya surirumah yang susah nak tinggal anak, suami dan sebagainya. Kelas Coaching pun online jugak tau by whatssap atau telegram.


3 Cara Order Produk Shaklee





Nak Jana Pendapatan Bersama Shaklee?
Sertai keluarga kami sekarang.









28 Februari 2016

Rahsia Anak Berselera Makan Dengan Mealshake..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni saya nak berkongsi tentang minuman kesukaan anak saya iaitu Mealshake Shaklee. Saya memberikannya seawal usia 1 tahun sebagai ikhtiar penambah selera makan.





Apa Itu MEALSHAKE?




Mealshake Shaklee merupakan Multivitamin dan makanan pelengkap terutama kepada anak-anak yang susah untuk menelan vitamin dalam bentuk tablet.

Mealshake adalah minuman berperisa vanilla yang boleh dibancuh dengan apa-apa minuman kegemaran anak. Rasanya sangat sedap dan lazat.

Salah satu Rahsia Mealshake ialah mampu menaikkan selera makan anak-anak terutama untuk mereka yang sangat memilih makanan (picky eater).Malah sebagai bonus juga ia dapat menguatkan antibodi anak-anak seperti jarang kena penyakit seperti demam, batuk dan selsema.



6 Fakta Tentang Mealshake



1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.


Antara kebaikan Mealshake ini ialah :




★rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
★sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas sesuai untuk seisi keluarga
★boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
★Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
★Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
★Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
★Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
★Meningkatkan selera makan anak
★Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
★Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
★menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
★amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 


Kenapa Ibu Bapa Perlu Risau Anak Tak Selera Makan?


Jika anak tak selera makan, ini bukan masalah kecil. Jika dibiarkan boleh melarat dan menjadi malapetaka kepada anak kita kerana badannya kekurangan sumber nutrisi yang penting.

♡Melambatkan kecerdasan otak - Anak akan lambat untuk belajar sesuatu yang baru dan kurang memberi respon kepada persekitaran. Dunia serba maju ni kita kena cepat belajar. Tak boleh biarkan anak kita menderita disekolah kerana tak faham apa yang diajar.

♡Membantutkan pertumbuhan fizikal - protein penting untuk membina otot dan kalsium pula untuk tulang dan gigi. Kalau tak nak makan macam mana anak kita nak membesar dengan betul. Risau risau

♡Mudah dijangkiti penyakit - bila badan tak cukup zat, sistem daya tahan (imunisasi) badan pun terjejas. Selalu kena selsema, mudah demam dan sebagainya. Ibu bapa sekarang kan hantar anak ke nurseri. Ramai budak tak sihat terutama musim hujan dan jerebu. Bila budak budak dah ramai manalah terjaga sangat kebersihan. Mudahlah kuman berjangkit.


Apa Kata Ibu-Ibu Yang Sudah Mencuba Mealshake?








Bagus kan Mealshake ni? Tak rugi ibu-ibu laburkan sedikit wang untuk dapatkan khasiat terbaik untuk anak. Hampir 2 tahun anak saya amalkan mealshake dan banyak perubahan positif yang dapat. Antibodi badan kuat, jarang demam sels.ema,selera makan bertambah-tambah dan tak perlu paksa makan nasi lagi.hihi.. setong tahan lebih kurang 3 bulan. Cara makan juga mengikut umur anak.


abang danish yang sentiasa veria dan cergas


Berminat untuk mencuba? Dapatkan konsultasi percuma dari saya.






26 Februari 2016

HERBLAX - Kempiskan Perut Buncit Seperti Mengandung



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..




Siapa kat sini ada masalah PERUT BUNCIT? SUKAR NAK BUANG AIR BESAR? BADAN TERASA BERAT? BERAT SUSAH NAK TURUN? BERAT BERLEBIHAN? SERING LETIH & TERASA BADAN PENUH TOKSIK?

Kalau anda salah sorang yang ada lebih dari satu masalah kat atas tu, anda memang perlukan HERB-LAX Shaklee!!





Apa keistimewaan Herb-Lax ni?□

★Membersihkan najis yang tersekat/ tersimpan lama dlm tubuh□
★Merangsang usus utk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut□
★Membantu masalah sembelit□
★Mengempiskan perut□
★Melawaskan pembuangan air besar□
★Memejalkan perut.□
★Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.


Jangan takut, herblax ni selamat diambil bila-bila masa dan tak akan bawa kemudaratan yang terlampau seperti sesetengan produk pembersih usus.
Herb lax membersih secara perlahan dan secara lembut dan tidak akan buat anda cirit bitit. Disebabkan ianya semulajadi, Herb lax ambil masa 8-12 jam untuk bertindak.
Jadi saya selalu advice ambil sebelum tidur supaya memudahkan proses pembuangan esok pagi.


9 Herba Semulajadi Dalam Herblax

Herb-Lax terdiri daripada 9 herba semulajadi: alfalfa leaves, senna leaves, anise seeds, blue malva flower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root.
Jom kita tengok apa fungsi-fungsi herba semulajadi yang terdapat dalam formulasi herb lax ni ye?




♡Senna Leaves - Merangsang tindakan pembersihan yg lembut pd usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.




♡Buckhorn bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus.





♡Licorice Root - Membantu proses detoksifikasi.




♡Fennel seeds –-  Mengeluarkan toksin yangterkumpul akibat lebihan makanan danpengambilan alcohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalahsembelit dan kembung perut atau usus.




♡Anise seeds - Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan.





♡Rhubarb root - Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic.






♡Blue Malva Flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit.




♡Culver's root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma.



♡Alfalfa leaves - Membersihkan usus, darah dan hati.



Siapa yang memerlukan Herb-Lax?

☆Pengamal tegar ubat tahan sakit
☆Mereka yang mempunyai masalah pembuangan kurang lancar
☆Mereka yang ada masalah jerawat dan jeragat yang banyak
☆Pesakit gout
☆Mereka yang ingin membersihkan usus dari kotoran (mengempiskan perut)
☆Mereka yang mempunyai masalah bau badan

Antara Testimonial Herblax








Ibu menyusu pon boleh makan TETAPI dalam dose yang kecil selagi tak membawa kemudaratan pada bayi. Memadai sebiji setiap malam untuk elakkan baby cirit-birit.Kadang-kadang saya upkan 2 biji. So far baby ok.

Apa-apa pun dapatkan konsultasi dari pengedar Shaklee anda.

Jawapan kepada penurunan berat yang terbaik dengan bersihkan usus dari sisa yang melekat dengan herb lax.  Tak sabar nak tunggu perut buncit lebihan bersalin czer ni kempis.hihi.Takkan uolls nak  biarkan je kan?

WhatsApp saya untuk sebotol herb-lax uollss hari ni.


























Bolehkah Campur Susu Perahan (EBM)?




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Persoalan yang saya terima kali ini ialah tentang mencampurkan 2 susu perahan pada 2 sesi perahan yang berbeza kerana tidak mahu membazir bekas dan tidak mahu membazir ruang dalam peti sejuk.

Tak semua ibu bernasib baik mendapat hasil  yang lumayan apabila mengepam susu. Kadang-kadang ada yang hanya mendapat 2 ounce sahaja setiap kali sesi mengepam. Ada jugak yang hanya dapat 1 ounce saja. Jadi rasa rugi bekas dan ruang peti sejuk untuk menyimpan.

3 kali sesi perahan

Bolehkah Susu Perahan Berlainan Sesi Dicampur Dalam Satu Bekas?

Sebenarnya boleh. Tetapi ada beberapa syarat yang mesti ibu patuhi sebelum mencampurkan kedua-dua susu yang diperah pada waktu berlainan ini.

★Tempoh perahan mestilah dalam 24 jam. Kalau susu semalam nak campur dengan yang hari ni, tak boleh ya.

★Suhu perahan itu perlu dipastikan mempunyai suhu yang sama atau hampir sama. Maksudnya susu yang baru diperah tidak boleh dicampur dengan susu yang sudah disejukkan.Jangan campurkan susu lebihan yang sudah diminum oleh bayi. Enzim dan bakteria daripada mulut bayi boleh merosakkan susu.

Tips Mencampur Susu Perahan

♡♡Contoh #1; Perah jam 8 pagi dapat 2 Oz., perah jam 12 tengahari dapat lagi 3Oz. Kalau nak campur kedua-dua perahan tersebut, pastikan suhu keduanya adalah sama.

♡♡Contoh #2: Susu yang diperah pagi tadi dah letak dalam peti sejuk. Susu yang diperah tengahari tak boleh terus campur dengan susu pagi tadi. Sejukkan dulu susu yang diperah tengahari tersebut. Lepas dah rasa suhu lebih kurang je, baru boleh campur

Apabila kedua-dua susu tadi sama sejuk, barulah dicampur ke dalam 1 bekas (5 ounce). Labelkan tarikh dan masa (ikut masa perahan pertama iaitu 8 pagi.



Susu perahan saya yang dicampur dalam 1 bekas

Kenapa Perlu Pastikan Suhu Sama Sebelum Dicampurkan?


★Ini untuk memastikan nutrien dan khasiat susu tidak terjejas.
★Jadi, sia-sia sahaja kita menyimpan susu yang tiada khasiat. Takkan nak bagi pada baby jugak. Tak gitu?

Kebanyakan pakar laktasi tidak menggalakkan mencampur susu kerana dikhuatiri nutrien dalam susu akan berkurang jika suhunya tidak sama. Tapi tak bermakna ianya tak boleh diamalkan.

Secara logiknya, takkan la dapat 2 ounce terus nak simpan buat stok? Membazir ruang peti ais dan jugak sukar nak bagi baby minum.
Biasanya saya akan simpan dalam setiap bekas cukup-cukup untuk baby minum.

Semoga perkongsian ringkas ini membantu ibu-ibu ye!


















24 Februari 2016

BAHAYA LECITHIN!!Kempiskan Perut Buncit


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Eh, kenapa pulak  Lecithin ni bahaya?

Yela, tak pasal-pasal perut dah rasa kempis..hihihi. Ni haa sebab excited nak share testimonial terbaru mak tang.



Akak ni baru pertama kali order Lecithin. Nak Kempiskan Perut Buncit katanya. Awal tu mak tang cadangkan dua produk iaitu herblax dan lecithin (set budget kurus). Tapi akak kita nak cuba satu dulu. Takpa, its ok. Mak tang ikut budget customer. Tak suka tau paksa-paksa orang.hihihi

Tak berapa hari lagi nak gaji dah bulan ni. Akak kita nak order untuk Detox pulak. Walaweh! Alhamdulillah. Nanti lagi kebabom la hasilnya. Hahaha



Ni la rupa LECITHIN

★★Diekstrak dari kacang soya organik non-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.


MANFAAT UTAMA

♡Menyerap vitamin larut lemak - Membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.

♡Melindungi hati - menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.

♡Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilannya membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan triglycerids di dalam tubuh.

♡Pelangsingan - Menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.

♡Membaiki alergi - Menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah.

♡Mencantikkan otot dan kulit - Membentuk membran sel, melembapkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

♡Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

♡Mempertingkatkan daya ingatan dan mengurangkan stress - Mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, membaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.

♡Menghalang tekanan darah tinggi - Membaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang atherosclerosis, menggalakkan peredaran darah.

♡Membaiki prostat lelaki - Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat dibaiki dengan pengambilan kuanti lecithin yang banyak.

♡Meringankan sembelit - Lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ia melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam tubuh.


Banyakkan khasiatnya??
Jangan risau ye, lecithin ni selamat diambil oleh ibu yang tengah berpantang dan menyusukan anak. Mak tang pun ambil lecithin. Hari ni Dah 16 hari berpantang. Berpeluh-peluh lepas pekena lecithin ni. Malah untuk ibu yang menyusukan anak ia dapat meredakan bengkak susu  tau. Jadi pengeluaran susu ibu lebih lancar.
Mak tang amik lecithin dengan alalfafa. Dapat kesan 2 dalam 1. Susu banyak dan dalam masa yang sama perut pun cepat kempis.Maklum la ibu bersalin czer ni susah nak berbengkung. Gabungan ni sudah memadai.

3 biji lecithin + 5 biji alfafa

Jadi, sapa nak hilangkan perut buncit tu.. silalah order dengan segera.! Jangan sampai orang kata perut buncit seperti mengandung..hihi

Konsultansi percuma dan ekslusif untuk pelanggan saya.




Berapa Lama Vitamin Shaklee Tahan?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Seringkali saya kerap ditanya oleh pelanggan apabila mereka hendak membeli sesuatu vitamin:

"Mahalnya kak, berapa lama tahan ni sebotol?"

Ok, jawapan saya senang saja.

Berapa lama tahan setiap botol bergantung kepada cara pengambilan mengikut tujuan dan masalah pelanggan.

Ianya bergantung juga kepada samaada anda konsisten atau tidak mengambilnya. Bukannya peram sehingga " expired " date.hihi

Jika anda mengambil vitamin shaklee secara konsisten,  tempoh penggunaan vitamin adalah seperti berikut:

sumber:mauceriasokmo.blogspot.my
Secara peribadinya, ianya berbaloi dengan harga yang dikatakan mahal. Contohnya, sebotol Vitamin C mempunyai 180 biji berharga rm96.00 boleh bertahan sehingga 6 bulan (sehari sebiji). Jimat kan? Kalau nak dikira harga sebiji kosnya cuma RM0.53. Jadi anda tak perlu membeli setiap bulan pun. Setahun memadai 2 kali pembelian. Bukankah ianya menjimatkan?


Contoh lain adalah Omega Guard. Sebotol mempunyai 90 biji kapsul yang berharga RM144.00. Omega ni vitamin kesukaan anak saya. Saya memberinya sehari sebiji sejak anak berusia setahun sehingga sekarang dah nak masuk usia 3 tahun. Jadi ianya bertahan selama 3 bulan. Jadi memang jimat la. Berbanding pula jika Omega Guard diambil oleh pelanggan yang ada masalah jantung atau kolesterol, cara pengambilannya adalah 3 biji sehari. Jadi,  ianya bertahan selama 1 bulan sahaja.


Abang danish buka botol sendiri amik omega.hihi


Nampak tak perbezaan?
Kan saya dah kata ianya bergantung kepada tujuan pengambilan dan cara penggunaan.


Jadi, dapatkan vitamin tahan lama ni dengan segera!

Berminat untuk dapatkan konsultansi PERCUMA?

Boleh hubungi saya:
Facebook: Nisak Abu Hasan
Sms/Wasap : 013-5074833
Email : kakcik_wanisak@yahoo.com
Blog: www.wanisak.blogspot.my

18 Februari 2016

3 Cara Cairkan Susu Perahan (EBM) Beku



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Seringkali saya kerap diajukan soalan tentang pengurusan stok EBM.Salah satunya ialah

★Macam mana nak cairkan  susu EBM yang dah beku?





1) Refrigerator Defrosting (Mencairkan Di Dalam Peti Sejuk)






   ♡ Alihkan susu ibu beku dari 'freezer' ke  bahagian fridge(sejuk). Digalakkan cairkan pada waktu malam untuk digunakan keesokan harinya. Ini supaya susu tu boleh defrost(cair) perlahan-lahan  kat peti bawah semasa dibiarkan semalaman tu.

♡ Seeloknya letak stok ebm beku tersebut berhampiran pintu peti sejuk bagi mempercepatkan proses pencairan. Ini kerana suhunya yang lebih hangat. Susu ibu mengambil masa 8 jam untuk cair sepenuhnya.


2) Teknik Air Mengalir




♡Lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip sejuk +- 5 minit jika perlukan segera. Terkadang jika paip diluar rumah panas, air yang keluar dari paip pun panas. Jadi, buka paip dan tunggu sehingga air sejuk baru lalukan air...kita tak boleh cairkan EBM secara mendadak ..


3) Rendam dalam air sejuk




♡Letakkan stok EBM beku dalam bekas yang berisi air sejuk/paip. Biarkan ia cair secara perlahan-lahan.

♡Apabila susu totally defrost (cair), stok EBM tersebut boleh disimpan dalam peti sejuk semula jika tidak mahu digunakan lagi.

♡Biasanya cara ini digunakan apabila stok EBM hendak digunakan dengan segera kepada bayi anda. Saya gunakan cara ini apabila perlu membawa stok bekalan untuk keluar berjalan-jalan.

NOTA PENTING.

★★ Apabila susu dah totally defrost (cair), ianya perlu dihabiskan dalam masa 24 jam. Maksudnya, dalam masa 24 jam tu, baby kena habiskan  susu tersebut. 24 jam adalah dari susu tu totally defrost ye. Maksudnya bila susu tu dah betul-betul cair sepenuhnya. Dari situ start kira 24 jam, susu boleh tahan
★★Jangan bekukan semula susu yang dah cair. Sekiranya susu tersebut tidak habis digunakan selepas 24 jam ia cair,  ianya perlulah dibuang sahaja.


Moga perkongsian ini bermanfaat buat semua ibu menyusu!

Sumber :freevitamin, diaryofmuhaammad

Salam sayang,

Nisak
SID 1117698
013-5074833

25 Istilah Penyusuan Yang Ibu Menyusu Perlu Tahu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Kali ni nak share istilah-istilah penyusuan yang ibu menyusu perlu tahu. Masa 1st baby dulu, terpinga-pinga jugak tentang istilah ni semua. Walaupun dah pergi kelas penyusuan dan juga dari pembacaan di google masih tak faham-faham.

Lama-kelamaan dah biasa dengan semua istilah ni. Semuanya perlu dipelajari secara perlahan-lahan dan cuba hadamkan.Ok, jom kita kenali satu persatu ye!

1) BF: Breastfeeding

2)Laktasi:Keseluruhan proses menyusu susu ibu

3)Prolaktin: Hormon yang meningkatkan pengeluaran susu ibu

4)EBM: Expressed Breast Milk

5)FM:Formula Milk

6)Marmet: Teknik perahan susu menggunakan tangan

7)Pumping/ Mengepam: Proses mengeluarkan susu menggunakan pam

8)Tandem pumping: Teknik perahan atau pengepaman sambil menyusukan bayi

9)Power pumping: Teknik pengepaman kedua belah susu selama beberapa minit setiap sebelah sesecara bergilir berterusan sehingga ke satu jam proses dilakukan

10)Demand and Supply: Konsep ada permintaan susu dari bayi@apabila breast dikosongkan, maka akan adalah juga bekalan susu berdasarkan permintaan bayi atau susu baru berdasarkan ruang kosong tersebut.

11)Milkbooster: Agen/ sebarang pemakanan yang membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu

12)Fresh EBM: Susu ibu yang baru diperah

13)Chilled EBM: Susu ibu yang telah diperah dan disejukkan(bukan beku)

14)Frozen EBM: Susu ibu yang telah dibekukan

15)Lekapan: Cara puting susu ibu dimasukkan ke mulut bayi

16)Penyusuan Ekslusif/ Exclusive Breastfeeding:Bayi hanya diberi susu ibu sahaja tanpa susu formula atau air.

17)Penyusuan Penuh/ Full Breastfeeding: Bayi mendapat susu ibu bersama makanan lain dan air tetapi tanpa susu formula atau susu alternatif yang lain.

18)Penyusuan Separa/ Half Breastdfeeding: Bayi diberi susu ibu bersama makanan tambahan lain

19)Penyusuan Lanjutan/ Extended Breastfeeding:Bayi masih diberi susu ibu setelah melebihi usia 2 tahun

20)Direct Feeding: Penyusuan secara terus dengan ibu

21)Bottle Feeding: Penyusuan menggunakan botol susu

22)Suction: Hisapan susu bayi

23)Stimulation: Stimulasi atau rangsangan terhadap puting susu

24)Relaktasi: Proses menyambung semula penyusuan susu ibu setelah berhenti seketika untuk suatu tempoh.

25)Areola: Kawasan berwarna gelap pada puting susu ibu

Sumber :mauceriasokmo.blogspot

Salam sayang,
Nisak
SID 1117698
013-5074833


17 Februari 2016

Cara Uruskan Stok Perahan Susu Ibu ( EBM )


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Lama tak update entry terbaru. Baru saja lepas bersalin dan sekarang tengah berpantang hari ke 8. Alhamdulillah.. belanja gambaq baby 1.hihi




Macam biasa, bila berpantang inilah masa yang sesuai untuk mak tang membuat stok susu apabila kembali bekerja nanti. 1st baby dulu mak tang berjaya kumpul stok susu yang banyak dan berjaya susukan baby dengan susu ibu sepenuhnya hingga 2 tahun.
Jadi kali ni mak tang akan teruskan jugak perjuangan penyusuan penuh susu ibu.

Seringkali mak tang dapat pertanyaan dari kawan-kawan di facebook dan sebagainya macam mana nak uruskan stok susu. Nampak macam leceh ja sebab nak kena label bagai, lepas pam tu nak bekukan terus ke macam mana dan macam-macam lagi.

Ok, oleh kerana dah ada pengalaman untuk 1st baby jadi bolehla berkongsi serba sedikit ilmu yang ada.Mak tang belajar dari google, kawan-kawan dan ada jugak join klas sebelum bersalin 1st baby.


CARA SIMPAN STOK PERAHAN SUSU


Alatan dan aksesori yang perlu adaa


1) Selepas tamat sesi mengepam susu, pastikan anda labelkan tarikh dan masa. Ini umemudahkan anda track "expiry" stok susu tersebut. Selain itu memudahkan anda untuk membekalkan stok susu kepada pengasuh. (Gunakan konsep FIFO). Susu yang disimpan awal (First In)akan digunakan dulu (First Out) mengikut tarikh yang dilabel.



2) Simpan stok susu dalam botol mengepam terus atau pindahkan susu tadi plastik liner atau bekas plastik dadih. Saya lebih suka gunakan plastik liner  kerana ia menjimatkan ruang peti sejuk. Melainkan anda ada peti sejuk khas untuk menyimpan stok perahan.





3) Gambar di bawah menunjukkan panduan ringkas cara penyimpanan susu perahan.
Credit tu naturavitamina untuk gambar tersebut.


♡Selepas mengepam, anda boleh membiarkan susu perahan tersebut pada suhu bilik sehingga 3 jam sahaja.

♡Simpan susu tersebut di bahagian chiller (sejuk)terlebih dahulu. Jangan dibekukan terus.  Ia bagi mengelakkan susu terkejut disebabkan perubahan suhu. Susu di bahagian sejuk hanya bertahan sehingga 4-5 hari. Sekiranya susu tidak digunakan dalam tempoh tersebut, ianya hendaklah dipindahkan ke bahagian beku.

♡Susu di bahagian beku boleh bertahan dengan lebih lama mengikut jenis peti sejuk anda.
   
       ★Peti sejuk 1 pintu - susu beku hanya boleh bertahan sehingga 1 bulan
       ★Peti sejuk 2 pintu - susu beku hanya boleh bertahan sehingga 3 bulan.
       ★Deep Freezer - susu beku hanya boleh bertahan sehingga 6 bulan atau lebih.


MENGEPAM DI TEMPAT KERJA/HOTEL

Ibu bekerjaya terpaksa mencari masa terluang untuk mengepam susu. Ini bagi mengelakkan payudara anda bengkak susu dan penghasilan susu ibu berkurang disebabkan anda tidak mengosongkan payudara anda. Tuntutan kerja jugak menyebabkan anda terpaksa menginap di mana-mana hotel. Jadi itu bukan alasan untuk anda tidak melakukan aktiviti mengepam susu.


1) Pastikan anda sentiasa bawa cooler bag (Beg Penyejuk) dan Ice Brick/Ice Pack


   
      ★Sekiranya anda mengepam di tempat kerja atau outstation di hotel mana-mana,      simpan susu perahan dalam cooler bag yang diisi dengan ice brick.

       ★Susu yang disimpan dalam cooler bag boleh bertahan sehingga 12 jam.

       ★Ice brick/ice pack perlu dibekukan terlebih dahulu srperti anda membuat air batu



Semoga perkongsian ini membantu ibu-ibu menjayakan Penyusuan Penuh Susu Ibu.
Happy Breastfeeding and Good Luck guys!


Salam Sayang,

Nisak
SID 1117698
013-5074833


VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign