VITAMIN MAMA DANISH: AYAM PANGGANG MAYONIS

9 Disember 2015

AYAM PANGGANG MAYONIS

Assalamualaikum..

Uolls suka makan ayam? Buntu nak masak menu apa? Apa kata Uolls cuba resepi ni. Seriously memang senang gila lah. Paaaaaaling penting...sedap ya amat.hihi.



Saya buat makan dengan nasi kuning + taugeh celur sos tiram + sup kosong + sambal cicah



Bahan-bahan :


- Ayam (siap dicuci bersih-bersih)

- Bawang putih dan halia  (tumbuk)
- Gula perang
- Madu
- Sos Tiram
- Kicap Pekat ABC
- Kiub Ayam
- Mayonis
- Minyak zaitun (elakkan ayam kering semasa panggang)




Langkah - langkah :


1) Perapkan ayam tersebut dengan semua bahan-bahan di atas selama 3 - 4 jam. Lagi bagus semalaman.


2) Boleh panggang guna oven, pemanggang ajaib atau pan.


3) Sekiranya guna oven, lapik bekas dengan aluminium foil.Guna suhu 160 c selama 45minit - 1 jam ataupun sehingga masak.


4) Saya guna periuk serbaguna noxxa.  Bagi yang ada periuk ajaib ni, memang cepat dan mudah.guna function  HIGH PRESSURE selama 8 minit. Kalau Selepas bunyi bip, lepaskan tombol dan buka tudung. Offkan. Tukar kepada function STIR FRY untuk keringkan air perapan. Masa ni boleh balik balikkan ayam tersebut. Boleh angkat bila nampak air dah kering dan ayam tersalut cantik je.


SIAP!!! Boleh la ngap. nak makan dengan sos pun boleh atau buat sambal cicah versi iollss. Sambal tu just guna cabai besar + cuka + gula + garam + sos tomato.




Selamat Mencuba Uolls!!




Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign