VITAMIN MAMA DANISH: KEK SPAN GEBU GEBAS STEP BY STEP!!

21 November 2015

KEK SPAN GEBU GEBAS STEP BY STEP!!

Assalamualaikum..


Lama betoi blog ni bersawang.huhu. So, hari ni nak share resepi kek span dari ibu mertuaku. sangat gebu dan lembut.Resepi ni mudah ja, tapi kalau tak ajar detail tak jadi, kek tak naik, tak lembut n tak masak. tu yang frust.saya dah beberapa kali buat. At last, dah tau tips2 dari ibu mertua bila tanya detail. ok jom layan resepi kat bawah k.

Bahan-bahan :


~ 5 biji telur
~ 120gm gula castor/gula halus
~ 120gm tepung naik sendiri
~ 1/2 sudu teh cream of tartar
~ 3 sudu besar minyak jagung
~ perisa (saya suka pandan n oren)

    **pandan - 2 sudu teh pandan paste + 1/2 cawan air..dibancuh. tambah 1 sudu teh santan
    **oren - 2 sudu besar oren sunquick + 1/2 cawan air dibancuh


Langkah-langkah :


1) Asingkan kuning dan putih telur dalam 2 bekas iaitu A dan B. Pastikan kuning telur tak termasuk dalam adunan telur putih. nanti meringue anda tak jadi dan kek tak naik.Saya guna egg strainer.


Adunan A
Adunan B
    
2)Masukkan 60gm gula castor dan  cream of tartar dalam adunan A. Masukkan 60 gm lagi dalam adunan B.

A


B



















3) Putar adunan A menggunakan kelajuan maksima selama 5 minit tanpa henti.



4) Sementara tunggu adunan A siap 5 minit, kacau adunan B sehingga gula hancur.



5) Adunan A dah jadi meringue. Cara nak tau dah jadi, cuba tungging bekas tersebut dan kira sampai 10.  Kalau adunan tak jatuh, maksudnya meringue anda menjadi. Ketepikan dahulu.



6) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dalam adunan B dan kacau sampai sebati.





7) Masukkan minyak jagung dan kacau lagi



8) Masukkan perisa kesukaan anda dan kacau lagi sehingga sebati.























9)Sebelum masukkan adunan terakhir, preheat oven anda pada suhu 175 selama 10 minit.




10) Lastly,masukkan adunan meringue (A)  tadi ke dalam adunan B dan kacau lembut.




11) Tambahkan pewarna jika adunan anda kelabu dan kacau sebati.





12) Dah siap!!




13) Masukkan adunan ke dalam loyang. sapu sedikit minyak di keliling loyang. saya guna loyang yang berlubang. senang nak tanggal kek.




14 ) Bakar kek selama 28-30 minit. Pastikan loyang anda berada di tengah-tengah oven untuk pastikan kek masak dengan elok.




15) Bila dah masak, keluarkan dari oven.. terus terbalikkan loyang. Tujuannya supaya kek anda tak turun/bantat.hihi                                                                                                                                                                                                                                




16) Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan. Tunggu sehingga kek tersebut lekang sendiri dari loyang.Kita just cungkil perlahan-lahan dengan pemotong kek. Jangan ketuk loyang untuk keluarkan kek semasa panas.


 




TIPS!!

-----Pastikan guna telur suhu bilik. jangan guna telur sejuk dari peti ais.
-----Kuning telur tak boleh bercampur dengan putih telur
---- Jangan pukul adunan meringue terlalu lama. setakat lebih 1-2 minit ok lagi.



Ok, penat dah menulis. Selamat Mencuba ye semua!!

Pleaseeee!! Kasi like sikit.hihi.
Bye.
Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign