VITAMIN MAMA DANISH: Jun 2015

20 Jun 2015

5 PANDUAN IBU MENYUSU BERPUASA


Assalamualaikum..

Bulan Ramadan kini kembali..bulan ini juga mengimbau kenangan saya kembali bekerja selepas bersalin. Dalam masa yang sama, saya menyusukan anak saya sepenuhnya dengan susu ibu. Ia menjadi sedikit cabaran kerana ianya merupakan pengalaman pertama menyusukan anak di bulan puasa.

Di samping itu juga, saya juga terpaksa mencuri masa sewaktu bekerja untuk mengepam bagi memastikan STOK EBM saya sentiasa mencukupi.
Saya bernasib baik juga kerana saya telah membuat STOK EBM yang banyak sewaktu berpantang.



Stok EBM Waktu Pantang..lebih kurang 60 bekas yang berjumlah 180 ounce.

Ok, Berbalik kepada tajuk kita, Bagaimana dengan Ibu Menyusu Berpuasa??

Puasa boleh menyebabkan ibu menyusu mengalami dehidrasi kerana kekerapan bayi menyusu setiap dua hingga tiga jam.Bagi ibu menyusu yang ingin berpuasa, jangan risau. Selagi keadaan ibu dan bayi sihat, ia tidak mendatangkan masalah. Namun jika dikhuatiri berlakunya sesuatu yang tidak diingini seperti kekurangan gizi, penghasilan susu yang berkurang, sakit dan lain-lain, anda tidak digalakkan berpuasa.

Paling penting ibu menyusu tetap makan tiga kali sehari dan secara disiplin mengambil makanan berkhasiat yang seimbang iaitu dengan komposisi 50 % karbohidrat, 30% protein dan 20 % lemak.

Usaha berikut dapat dilakukan untuk memastikan bahawa penghasilan susu selama ibu berpuasa tetap lancar dan berkualiti. Moga berkat susu ibu di bulan puasa si kecil anda kenyang dan membesar sihat.

1) Makanan Berkhasiat

Ibu yang sedang menyusui memerlukan tambahan sekitar 700 kalori per hari, iaitu 500 kalori diambil dari makanan ibu dan 200 kalori diambil dari cadangan lemak dalam tubuh ibu. Penting bagi ibu menyusui yang sedang berpuasa untuk mempertahankan pola makan tiga kali sehari dengan hidangan gizi seimbang ketika sahur, berbuka puasa dan menjelang tidur. Makan sahur akan menghasilkan tenaga yang berguna untuk aktiviti pada hari itu.

2) Banyak Minum Air

Minum air putih sebanyak 2 liter, ditambah dengan cecair lain seperti jus buah dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangi ancaman anemia bagi ibu menyusui.  Berbuka puasa dengan minuman suam akan merangsang kelancaran susu bagi ibu menyusui.

3) Beristirehat

Merasa lemah ketika berpuasa adalah lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusui.  Cuba beristirehat sejenak dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusui perlu mengetahui bahawa semakin sering payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu ibu semakin banyak. Jadi, bila selama puasa ibu tetap rajin menyusui,  susu akan tetap lancar.

4) Pam dan Susui Dengan Kerap Pada Malam Hari

Kemungkinan penghasilan susu ibu akan berkurang pada siang hari. Oleh itu manfaatkan malam hari untuk mengepam susu dan menyusui semaksimum mungkin. Stok susu ibu diperah dapat digunakan pada siang hari.
5) Berbuka Bila Keadaan Tidak Mengizinkan.
Jangan memaksa diri untuk terus berpuasa bila ibu tidak berkemampuan atau merasa khuatir dengan kesihatan diri mahupun bayi. Anda boleh berbuka dengan kurma untuk mendapatkan kembali tenaga.


5) Berbuka Bila Keadaan Tidak Mengizinkan.

Jangan memaksa diri untuk terus berpuasa bila ibu tidak berkemampuan atau merasa khuatir dengan kesihatan diri mahupun bayi. Anda boleh berbuka dengan kurma untuk mendapatkan kembali tenaga..















19 Jun 2015

Customer Saya Berjaya HAMIL Dengan SET KESUBURAN SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam ceria my blog readers...


Tersenyum saya bila dapat wasap dari customer saya. Alhamdulillah setelah menunggu hampir 3 tahun menunggu kehadiran cahaya mata, beliau hamil buat kali pertama setelah hampir 2 bulan ikhtiar dengan SET KESUBURAN SHAKLEE.Dengan izin ALLAH.

Customer saya ni bukan orang lain, beliau adalah junior semasa belajar di UUM dulu. Dah lama dia nak cuba dari tahun lepas lagi.bila tengok saya dok promote di facebook.

Baru tahun ni terbuka hati nak cuba. Mac yang lalu beliau meminta saya mencadangkan set yang bersesuaian dengannya. 

Kali ni beliau tekad nak ikhtiar..katanya, kalau tak cuba tak tahu.lagipun beliau dan suami PJJ. Jumpa pun hujung minggu. Mana taw ikhtiar ni menjadi..

Supplement apa yang beliau ambil??



Memandangkan beliau ada masalah period tak teratur..beliau dan suami pernah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan doktor mengatakan tiada sebarang masalah bagi kedua-dua mereka.
Setiap cadangan supplement berdasarkan masalah pasangan masing-masing. Oleh kerana tiada masalah  saya mencadangkan SET PREMIUM.

Set ini terdiri daripada :

 UNTUK ISTERI

1)  Energising Soy Protein 850gm (2 bulan ++)
2) Alfafa Complex  330 biji (2 bulan ++) 
3) Sustained Released Vitamin C 500mg, 180 biji (6 bulan)
4) GLA Complex, 60 biji (1 bulan)
5) B Complex, 120 biji (4 bulan)

UNTUK SUAMI

1) Vitamin E, 120 biji (4 bulan)
2) Zinc, 120 biji (4 bulan)

SUAMI ISTERI

1) Vitalea, 120 biji ( 2 bulan sebab berkongsi)


Bagaimana SET ini membantu KESUBURAN suami isteri? Jom tengok apa fungsinya.




1. Energizing Soy Protein (ESP)



Ia adalah protien lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.


2. Vita-Lea




Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Jadi, suami dan isteri perlu melengkapkan kesihatn diri dengan mengambil multivitamin ini.


3. Vitamin C




Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E dimana ia menjaga kualiti sel sperma. Sperma yang tidak sihat dan tidak tangkas akan bermasalah untuk bersenyawa dgn ovum.


4. B-Complex




Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neutral.


5. Vitamin E




Terkenal sebagai "vitamin seks". Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian, menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.


6. Zinc Complex




Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.


7. Alfalfa Complex




Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.


8. GLA Complex





Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur, berkualiti, yang juga dikenali sebagai "Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)". Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).



TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR HAMID ARSHAT



1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan3. Bersenam selama 30 minit setiap hari4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik5. Tenangkan jiwa dan emosi6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya



sumber : celikvitamin, myinfovitamin


Berminat nak cuba?

Hubungi saya untuk konsultansi percuma?




COD Area : Kupang - Tawar - Kuala Ketil - Baling
Call/sms/whatssap : 013 - 5074833
Facebook : Nisak Abu Hasan


8 Jun 2015

5 RUTIN PULIH TUBUH SELEPAS MELAHIRKAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera my blog readers..hihi

Sibuk sikit tak sempat update baru2 ni kenduri my cousin..so, hari ni nak share sikit tips dan cara pemakanan untuk kesihatan dan mengembalikan berat badan ideal selepas bersalin.

Bagi yang baru sahaja melahirkan anak pertama, perubahan bentuk tubuh menjadi kerisauan. Pastinya menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan wanita.

Jom kita semak tips di bawah!! Mungkin berguna untuk anda.

1) Terus Menyusu


Cara paling cepat untuk mencapai berat ideal dan mengembalikan bentuk tubuh ialah rajinkan menyusu anak. Ini memang saya akui sebab saya sendiri dah rasainya. Apabila menyusu secara automatic anda menjaga pemakanan demi kesihatan bayi. Pastinya makanan yang diambil juga kurang berlemak, sejuk dan sebagainya. Jadi secara tidak langsung ia memberikan kebaikan kepada kesihatan dan mengembalikan bentuk tubuh asal anda.

2 ) Gunakan Bengkung



Jangan ambil mudah soal pemakaian bengkung. Pemakaian bengkung yang berterusan boleh mengecilkan otot-otot yang mengembang pada bahagian perut. Ada yang liat untuk memakai bengkung dengan alasan panas dan sebagainya.(Saya salah sorangnya yang malas, sebabnya saya ni czer..mana berani nak berbengkung..saya guna alfafa ja.hihi) Bagi anda yang mahu mengembalikan bentuk tubuh seperti sebelum hamil, rajinkan diri untuk memakai bengkung.

3) Kudapan


Jangan biarkan perut anda kosong. Tabiat suka mengunyah ada baiknya. Namun kunyah makanan yang berkhasiat contohnya buah-buahan dan bukannya snek seperti makanan ringan yang banyak bahan perisa. Apabila anda kerap mengambil buah-buahan, perut akan sentiasa kenyang dan membuatkan anda kurang mengambil makanan berat yang boleh menggemukkan badan.

4) Aktiviti Fizikal


Kebiasaannya selepas melahirkan,  anda tidak digalakkan melakukan aktiviti fizikal yang berat kerana boleh membahayakan diri. Jadi bagaimana untuk mengembalikan bentuk asal badan jika tidak bersenam? Bayi boleh membuatkan anda melakukan aktiviti fizikal dengan bermain bersamanya. Walaupun mengambil sedikit masa, namun itu juga antara aktiviti fizikal yang boleh anda amalkan.

5) Jalan Kaki



Jika anda tidak berkesempatan untuk berjoging, cuba lakukan aktiviti lain seperti berjalan kaki.Dengan mengambil masa hanya selama 15 minit ketika bayi tidur, ia dapat membantu anda menurunkan berat badan.


Anda juga boleh amalkan SET BERSALIN SHAKLEE seperti saya. Insyaallah ikhtiar anda tidak sia2 kerana set ni bukan saja bantu anda kekal cergas bertenaga, susu pun banyak, kulit yg cantik dan PALING BEST badan pun maintain slim..


Happy Reading Guys!!
Selamat Mencuba.

Klik di bawah.
 SET BERSALIN SHAKLEE

2 Jun 2015

MAKE UP REMOVER SHAKLEE HILANGKAN BLACKHEAD DENGAN MUDAH


Masalah BLACKHEAD memang menjadi kerisauan bagi semua wanita. Muka dah cantikdan cun melecun bila tengok dari jauh..bila mai dekat,
MASYAALLAH!



Bersepahnya blackhead dan whitehead..
Malu tak bila orang cakap camtu.
Dah penat cuba tips yang diberi?
Selalu tak konsisten je..minggu ni buat..bulan depan pulak baru nak buat lagi..cmna nak nampak hasilnya?


Jom kita kaji dulu apa puncanya terjadi black head dan white head :

- Tubuh badan kekurangan air .Tidak dapat detox dengan sempurna.
-Pengeluaran sebum berlebihan, ini bergantung pada setiap individu.Biasanya orang yang kerap berpeluh bertotensi tinggi mengalami masalah white head dan black head.
-Penggunaan alat makeup atau skincare yang terlalu berminyak .Ramai yang tidak sedar, alat makeup atau skincare harian mereka sebenarnya terlalu oily,menyebabkan kulit semakin berminyakdan kadang2 minyak dari produk2 yangdigunakan terperangkap/tertinggal didalam kulit, dan seterusnya terbentuklahblack head dan white head.
-Produk scrub muka terlalu kasar .Sebenarnya menyentai kuat kulit muka dengan scrub bukan sahaja menyebabkan kulit jadi semakin berminyak, kulit jadi rosak..malah kulit akan hilang satu agen semulajadi yang berfungsi mengawal sebum dan menghalang pembentukan black head dan white head.
-Hormon badan .Tak terjadi pada semua orang, seperti yang kita tahu, setiap orang punyai tahap metabolism dan hormon berbeza. Ketidakseimbangan hormone mengakibatkan pengeluaran sebum berlebihan, punca blackhead terbentuk bersama acne.
-Makanan dan persekitaran . Makanan terlalu berminyak, terlalu pedas dikaitkan dengan black head dan white head.Persekitaran yang tercemar,terutama sekali habuk, juga boleh menyebabkan blackhead dan white...


Walaupun saya bukanlah kaki mekap, saya jugak ada masalah black head dan white head ni. Sebelum ni saya merasakan sudah cukup menggunakan pencuci muka siang dan malam untuk membersihkan segala kekotoran.

Rupa-rupanya saya salah. Kenapa?

Pakar nutritionist shaklee pernah memberitahu bahawa, semua orang samaada mekap atau pun sekadar berbedak nipis wajah kita memang terdedah dengan pencemaran yang tak nampak dengan mata kasar. Jika kekotoran tersebut tidak dibersihkan dengan betul, ia akan menyebabkan pori2 muka tersumbat dan kulit wajah kita mudah ditumbuhi  jerawat/black head/white head dengan meriahnya.

Jadi, selepas itu saya terus beli Shaklee Nutriwhite Gentle Action Make Up Remover untuk cuba sendiri.




Pengalaman sendiri?

Memang best sangat..sebelum ni cuci eyeliner guna cleanser still ada kesan2 hitam kat mata. But dengan remover ni senang sangat nak cuci. Tanggal habis eyeliner. Part yang paling best, bila gosok area hidung..keluar habis sel2 kulit yang mati.berkeping2 tanggal.hihi.macam keluar daki2 kat badan tu. Rasa licin ja hidung. Lagi best,  masa gosok tu langsung tak menyakitkan.

Sekarang dah jadi item wajib bagi saya. Saya guna 2 kali sehari..waktu pagi n malam. Selain bersihkan kotoran dan hilangkan black head, ia juga bantu melembut dan mengelokkan semula kulit yang menggerutu. Make up Remover ni sangat ringan dan tidak berminyak, jadi sesuai untuk semua jenis kulit.



TESTIMONIAL PENGGUNA MAKE UP REMOVER








Anda nak rasa effect shaklee?

Hubungi saya untuk konsultansi PERCUMA.





COD Area : Kupang - Tawar - Kuala Ketil - Baling
Call/sms/whatssap : 013 - 5074833
Facebook : Nisak Abu Hasan


















1 Jun 2015

6 Tips Hilangkan Bintik Hitam, Bintik Putih

http://wanisak.blogspot.com/2015/06/make-up-remover-shaklee-hilangkan.html?m=0Assalamualaikum dan Selamat Petang...

Hari ni dah 1 Jun 2015..pejam celik pejam celik 17 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Kemudian, kita akan meraikan Hari Raya Aidilfitri pula.. Sudah lumrah semua  wanita di luar sana ingin tampil dengan wajah yang licin berseri di pagi raya. Betul tak? yela, baju dah cantik, tapi kulit muka pulak buat hal..penuh dengan bintik hitam dan putih..hihi..sudah pasti kehadiran cela ini mencacatkan penampilan kita.OMG!! 

 Bagi yang tiada masa ke spa merawat wajah, saya berkongsi tip alami mengatasi masalah tersebut. Sudah pasti cara ini lebih murah dan jimat masa. Tak gitu?hihi


1. Putih Telur Buang Kotoran



sumber : google


  • Cara ini sudah lama dipraktikkan oleh nenek moyang kita. Sapukan wajah dengan putih telur, kemudian tekapkan dengan tisu atau kapas. Biarkan sehingga putih telur kering, kemudian tarik perlahan-lahan tisu atau kapas. Wajah akan kelihatan bersih dan licin jika diamalkan selalu.

2. Kentang Hilangkan Bintik Hitam


sumber : google

  • Kupas sebiji kentang, kemudian basuh sehingga bersih. Parut kentang dan sapukan pada wajah bermasalah seperti dagu. Biarkan selama 15 hingga 20 minit,kemudian bilas wajah sehingga bersih dengan air suam.

3. Skrub Lemon & Gula

sumber : google

  • Campurkan perahan lemon dan sedikit gula kasar,jadikan sebagi skrub. Gosok wajah secara perlahan-lahan. Amalkan seminggu 2 kali, skrub istimewa ini dapat membantu menanggalkan bintik-bintik hitam di samping membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit bersih serta bersinar.

4. Manfaat Yogurt Asli


sumber : google

  • Gunakan yogurt asli sebagai ramuan utama,boleh juga dicampurkan dengan perahan lemon. Gaul sebati, sapukan bahan ini pada wajah secara nipis. Biarkan ia kering antara 15 hingga 20 minit, kemudian bilas bersih. Lemon membuang kotoran secara mendalam dan menjadikan kulit lebih cerah. Manakala yogurt pula membantu memudarkan parut dan menghilangkan cela pada wajah.

5. Wap Wajah


sumber :google

  • Liang roma yang tersumbat adalah punca berlakunya bintik hitam dan bintik putih. Bagi mengatasinya, anda disarankan mengewapkan wajah sekurang-kurangnya dua minggu sekali. Letakkan air panas di dalam mangkuk besar, kemudian tutup kepala dengan tuala. Wap wajah selama 15 minit, lakukan secara konsisten. Anda pasti gembira dengan hasilnya.


6. Bawang Merah Licinkan Kulit


sumber : google

  • Bagi yang mahukan kulit licin dan bersih daripada cela terutama bintik hitam, gosok wajah dengan bawang merah secara perlahan-lahan. Jangan terlalu kuat kerana dikhuatiri melecet. Belah bawang merah kepada 2 bahagian, kemudian gosok pada bahagian bermasalah. Lakukan setiap malam sehingga wajah licin.

Nak Cuba Cara Lebih  Mudah?

Sumber : Mingguan Wanita, Jun 2015

Selamat Mencuba Semua!!

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign