VITAMIN MAMA DANISH: Kek Span "Ibu Mertuaku"

9 Januari 2015

Kek Span "Ibu Mertuaku"


Assalamualaikum...

Pernah tak Kawan-kawan makan kek span tesco? Saya yakin mesti ramai pernah kan..
Sebab lembut sangat kek tu..macam kapas..Hihihi

Lepas ni Korang tak payah risau lagi sebabnya senang ya amat nak buat kek ni..pejam mata pun boleh..hihihi..yang penting...lembut macam tesco punya taw.ececeh..serius tak tipu!!

Dah 6 kali saya buat cuti sekolah baru ni..

Ok resepi ni mak mertua saya ajar taw. Since mak dah pencen so banyak la join aktiviti kat taman dengan geng tadarus dia..macam-macam resepi yang belajar. Kek ni pun salah 1 nya..

RESEPI KEK SPAN
--------------

Bahan-bahannya:

5 biji telur putih
1 tsp cream of tartar
Gula halus/gula castor 120gm
Tepung naik sendiri 120gm
Perisa(ikut cita rasa)
-3/4 sudu besar oren sunquick dibancuh dgn 4 sudu besar air
- air daun pandan(kalau susah beli je pandan paste)..untuk perisa ni wajib campur 1 sudu besar santan kotak taw

Caranya:

STEP 1
-----

Asingkan telur putih dan telur kuning dalam dua bekas yang berlainan.tak boleh termasuk sedikit pun kuning telur dalam putih..kalau tak kek span ni tak naik..(saya guna egg strainer, srnang asingkan)

STEP 2
------

Masukkan 60 gm gula ke dalam bekas telur putih dan 60gm lagi ke dalam bekas telur kuning

Masukkan juga cream of tartar ke dalam bekas telur putih

STEP 3
-----

Pukul adunan putih telur sehingga menjadi meringue..gunakan speed yang paling tinggi selama 5 minit tanpa henti.

Tadaaa...dah jadi. .cer terbalikkan adunan dan kira sampai 10..kalau adunan tak jatuh maksudnya meringue korang dah jadi. .Hihihi

Ketepikan sebentar..

STEP 4
-----

Pukul adunan kuning telur dan gula tadi menggunakan senduk..lebih kurang 5 minit.

Kemudian,  masukkan bancuhan perisa korang (saya guna oren).Kacau sebentar.

STEP 5
-----
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati..

STEP 6

Kemudian masukkan  pula 3 sudu besar minyak jagung ke dalam adunan. Kacau sehingga adunan menjadi sekata.

STEP 6

Sementara tu, panaskan oven dulu sebelum buat yang seterusnya.  Suhu 165 selama 10 minit.

Last, masukkan adunan meringue tadi..kacau je hingga sekata...

Tuang ke dalam loyang..SIAP untuk dibakar! !

STEP 7
-----

After oven dah panas..bakar kek selama 30 minit.. masa dan suhu boleh adjust ikut kesesuaian oven masing-masing ye!!

Tips

Pastikan telur kuning tidak bercampur dengan telur putih

Telur yang digunakan mestilah pada suhu bilik..BUKAN telur daripada peti ais..

Means..bila korang beli telur letak kat luar ye..even korang keluar telur dari peti ais konon2 nak bagi sejuk..tetap tak jadi lembut..

So,  ikut je la k..Hihihi. jangan degil taw!! Kikiki..







 

Komen
0 Komen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TQ atas komen anda. Share jika bermanfaat.

VITAMIN MAMA DANISH Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign